Chicken Tikka Ala Pakistan

Thursday, November 05, 2020

Lama dah bookmarked resipi chicken tikka menu pakistan style kak Zila. Tapi tak buat-buat. Haritu baru beli stok ayam siap-siapk asingkan bahagian ayam yang isi tu. Isi ayam tu kalau buat lauk kurang laku sikit.

Jadi, asingkan siap-siap bahagian isi dan potong kecil letak dalam satu bekas. Plan nak buat chicken tikka. Chicken Tikka ni pun ada banyak jenis. Ada Tandoori Chicken Tikka, Indian Chicken Tikka Masala, Chicken Tikka Masala dan banyak lagi.

Tak tahu lah apa beza dia. Tahu makan je sebab bukan makanan kebiasaan kita kan. Sesuailah buat Chicken Tikka untuk bahagian isi ayam ni. Lakulah sikit. Ala-ala sate gitu. Buat Sate kena ada bahagian lemak sikit baru sedap.

Ayam tikka/Chicken Tikka

Ayam Tikka adalah hidangan ayam yang berasal dari anak subbenua India. Hidangan ini popular di India, Bangladesh dan Pakistan.

Hidangan ini secara tradisional adalah potongan kecil ayam tanpa tulang yang dipanggang menggunakan lidi sate pada anglo yang disebut angeethi setelah direndam dalam rempah - rempah India dan dahi (yogurt) yang pada asasnya merupakan versi ayam tandoori tanpa tulang.

Kata tikka (Tike dalam bahasa Turki, dan TikΙ™ dalam bahasa Azerbaijan) adalah kata Turki dan berarti "bit" atau "potongan".

Ini juga merupakan hidangan ayam yang disajikan dalam hidangan Punjabi. Versi hidangan Kashmir, bagaimanapun, dipanggang di atas bara api panas, dan tidak selalu mengandung potongan tanpa tulang.

Potongan-potongan disikat dengan ghee (mentega yang diklarifikasi) pada interval untuk meningkatkan rasa, sambil terus mengipasi.

Hidangan ini biasanya dimakan dengan ketumbar hijau dan asam chutney disajikan dengan onion ring dan lemon, atau digunakan dalam menyiapkan ayam tikka masala.
-wikipedia

chicken tikka masala

Siap sudah Chicken tikka marinade style Fiza easy peasy. Derhaka sikit dengan resipi asal sebab garam masala tak ada. Masa kita nak buat, masa tu lah tak ada bahan utama dia. Masalah betul lah. Kita alter ala-ala je lah sementara rajin dan ada stok isi ayam. 

easy chicken tikka recipe

Bahan perapan

Halia
Bawang Putih
Garam sikit
yogurt
serbuk cili
serbuk kari
serbuk kunyit
Lada hitam

Halia dan bawang putih tumbuk halus, lada hitam tumbuk kasar. Masukkan semua bahan dan gaul rata dengan potongan ayam. Perap sehari. Esoknya baru cucuk pada lidi, susun selang seli dengan bawang holland dan capsicum.

Bakar pada suhu 180⁰ C selama 30 minit. Mulanya Fiza bakar susun dalam tray rapat rapat macam tu dalam masa 15 minit. Taklah kering sangat. Still juicy. Lepas tu letak atas tray jaring tu dan sambung bakar. Dia akan kering sikit. 





37 comments

  1. Sedapnya boleh cuba nanti nih..follow sini hye :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul kak. Senang menunggu je sampai masak sambil boleh buat kerja lain.

      Delete
  3. Menarik rupanya tu... ratah gitu je pun layan, tambah sayur macam2 pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu je kak. Tak makan dengan nasi pun. Nak sedap lagi buatlah sos cicah yang sesuai 😊

      Delete
  4. Menarik dan bahan2nya mudah, kecuali garam masala memang tak pernah kenal/beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. garam masala tu macam sebuk dalam pack jugak kak. Nak cuba nanti boleh cari garam masala tu

      Delete
  5. cantik..pastu bahan2 mudah nak dapat..ehh kite lak excited nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau Ad. Semoga lagi sedap chicken tikka ad πŸ˜‰

      Delete
  6. kadang2 dipanggil kebab...dulu rajin buat masa suami tengah diet..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? baru tahu. ingatkan kebab yg letak dalam roti pita tu je

      Delete
  7. Ayam tikka sebenarnya sedap. Walaupun guna bahagian dada tapi cara masakannya tu yang mempengaruhi rasanya. Pernah makan di beberapa buah negara, spt Turki, India, dan Nepal, tak sangka walaupun bahagian dada, tetap menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa rempah dan perapan tu buat dia rasa sedap kan kak Amie.

      Delete
  8. Sedapnya! Pandai Fiza buat. Yogurt tu, pakai plain yogurt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cuba je ni kak. saya pakai plain yogurt. Tak pasti beza rasa dia macamana. Guna yougurt mana yang ada je ni :)

      Delete
  9. sedap nmpknya chickken tikka..biasa mkn kt restaurant je tk pernh try lg wat sdiri

    ReplyDelete
  10. Kak pun selalu confius dengan pelbagai jenis tikka ada.
    Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah pelbagai lagilah confused yg mana original dia kan. Sedap kak kalau perap lagi lama.

      Delete
  11. boleh try la nanti. nampak mudah aje. mama jarang makan makanan pakistan

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar pun dah terbayang kesedapan nye..

    ReplyDelete
  13. Macam sedap ni. Tengok gambar pun menggiurkan

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Sedap Nina. Silalah cuba buat dan rasa :)
      Kita pun dah lama tak singgah sana. Jap lagi singgah ye.

      Delete
  15. Macam sedap ni.. boleh cuba nanti. Cik TK pun spesis asingkan dada ayam juga. Pastu masak la macam2 nak kasi laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga bahagian isi buat macam ni. Laku jugaklah :)

      Delete
  16. Aduhhh rupa dia mengancam sungguh. Mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk rasa sendiri okaylah rasa dia. Boleh cuba nanti kak.

      Delete
  17. Anak2 kakmim memilih sikit.. menu rare mcm ni mst x mkn.. huhu.. kalo kakmim isi ayam tu buat butter chicken, blackpper atau masak halia je.. menu kedai mcm tu mkn pulak anak2... hihi.. masak ikut selera diorg je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kedai makan ye. kat rumah takmo. hihi..ikut taste dorang dan ikut masa juga. taste cepat berubah. hihi

      Delete
  18. Baru lepas makan megi pun terasa lapar semula tengok menu ni

    ReplyDelete
  19. Whoaaaaa...thanks share resepi.. x pernah buat kat rumah ni.. boleh try.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.