Belanjawan 2021 'Teguh Kita, Menang Bersama'

Friday, November 06, 2020

Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Bangunan Parlimen, 4.23 petang tadi.

Selepas pertukaran kerajaan, ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional. 

Buat pertama kalinya juga kehadiran Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dihadkan hanya 80 orang sahaja untuk mengekang penularan COVID-19.

Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Apa Yang Ada Belanjawan 2021
Credit : google

Intipati Belanjawan 2021

  • Bantuan khas kewangan RM600 bagi kakitangan Gred 56 dan ke bawah serta RM300 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen
  • Kerajaan berhasrat bina UTC di Lembah Pantai dan mempeluas penggunaan kiosk sebagai saluran alternatif sistem penyampaian di 50 lokasi
  • RM30 juta diperuntukkan untuk program SAVE 2.0 dengan pemberian rebat RM200 kepada isi rumah untuk pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan
  • Duti eksais ad valorem pada kadar 10 peratis ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik berkuatkuasa 1 Januari 2021, termasuk vape dan electronic heated tobacco product serta hookah bagk shisha dan smoking pipe
  • Cukai dikenakan ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.
  • RM230j pembiayaan kepada PKS melalui PUNB bagi perbelanjaan modal kerja, peningkatan sistem automasi dan peralatan serta perbelanjaan berkaitan pelaksanaan pematuhan kepada SOP Covid-19
  • RM30 juta diperuntukkan untuk memperluas Program Kebun Komuniti kepada komuniti separa bandar & luar bandar. Program ini menyediakan peralatan seperti kit fertigasi dan media tanaman bernilai sehingga RM500 setiap individu atau RM50,000 setiap komuniti.
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU, membabitkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom.
  • RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang.
  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
  • Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
  • RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang mendapat pinjaman PTPTN.
  • RM100 juta diperuntukkan untuk Skim BSN MyRinggit-i COMSIS: skim pinjaman komputer riba di bawah BSN untuk penuntut IPT yang mendapat pinjaman PTPTN.
  • Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan
  • Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik.
  • RM75 juta untuk Program eBelia: Kredit RM50 one-off ke dalam akaun e-wallet mereka yang berumur 18-20 tahun untuk membudayakan ekonomi tanpa tunai
  • Insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000/bulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan. Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis
  • RM50 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, merangkumi pelaksanaan program perpaduan.
  • RM10 juta diperuntukkan untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.
  • Kenaikan kadar elaun Guru Takmir kepada RM900 sebulan serta bayaran RM500 'one-off' kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, Guru takmir dan guru KAFA.
  • PNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB. Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai pendapatan.
  • Peruntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam.
  • RM510 juta disalurkan untuk pembiayaan kepada PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN, PUNB dan Agrobank, RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh BPMB dan SME Bank serta RM2 bilion bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan.
  • RM6.5 bilion diperuntukkan untuk akses pendidikan yang berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM.
  • Peruntukan RM6.5 bilion untuk pendidikan dan RM4.6 bilion untuk keusahawanan bumiputera
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025
  • Pencarum KWSP dibenar untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membeli produk insurans/takaful hayat dan penyakit kritikal yang diluluskan oleh KWSP
  • RM1 bilion untuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling dan upskilling) bagi 200,000 pelatih.
  • PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional.
  • PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 40% daripada gaji pekerja disalur kepada majikan, dan 20% disalur terus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing seperti dalam bidang pembinaan dan perladangan
  • PenjanaKerjaya: Insentif tambahan sebanyak 20% daripada gaji bulanan pekerja akan diberikan kepada majikan yang mengambil pekerja OKU, penganggur jangka panjang, dan pekerja yang diberhentikan.
  • PenjanaKerjaya: Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas dinaikkan kepada 40% daripada gaji bulanan (terhad kepada insentif maksimum RM4,000/bulan)
  • RM2 bilion bagi inisiatif PenjanaKerjaya dan dijangka dapat menyediakan 200,000 peluang pekerjaan.
  • RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu
  • Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan daripada RM250
  • Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan
  • Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan
  • Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga
  • Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.
  • Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.
  • Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400.
  • Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang.
  • Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan
  • Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi
  • Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
  • RM24 juta diperuntukkan untuk pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.
  • Skop pelepasan cukai diluaskan kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak.
  • Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan & anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000
  • Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off RM500 setiap seorang bagi menghargai jasa 100,000 anggota barisan hadapan KKM
  • Pada 2020, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk melaksanakan PKP, keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan Covid-19. Bagi Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan tambahan RM1 bilion dalam untuk membendung gelombang ketiga Covid-19

sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/638757/terkini-belanjawan-2021

Pembentangan Belanjawan 2021


9 comments

  1. Semoga belanjawan 2021 ni dapat memberi manfaat kepada semua. Banyak jugak kerajaan keluarkan duit ye. Harap dapat pulihkan balik ekonomi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah Sal. Risau juga ekonomi negara merundum. Nak pulih ambil masa yang lama. Dalam masa yang sama terkesan juga pada rakyat.

      Delete
  2. Semoga golongan bersasar menerima manfaat bajet 2021

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Ramai yang menerima manfaatnya

    ReplyDelete
  4. Tak sempat tonton. Mudah-mudahan segala perancangan dan bajet terlaksana dengan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok semula dalam video yang saya share tu kak Amie.

      Delete
  5. Semoga segala urusan berkaitan belanjawan ni dipermudahkan... dan berjalan lancar... AMIN

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.