Azhafizah.com October Performance On Google Search

Wednesday, November 04, 2020

Ting! handphone berbunyi ada notification email masuk. Email dari google search console team. Macam biasa, email dari google akan masuk pada awal bulan. Bersedialah tengok performance blog untuk bulan october yang dah berlalu.

Azhafizah.com October Performance On Google Search

66.9K Clicks (Web)
924K Impressions (Web)
4.24K Pages with first impressions (estimated) 

Jika nak dibandingkan dengan bulan September, bulan October bertambah lagi peningkatan untuk clicks (web) dan juga impressions (web). Tapi angka menurun untuk pages with first impressions tu. Alahaiii..kurang impress ye bulan October.

Azhafizah.com October Performance On Google Search

Performance Bulan September 2020

48.9K Clicks (Web)🠅
743K Impressions (Web) 🠅
6.46K Pages with first impressions (estimated) 🠇

Yang menurun tu kenalah kerja lebih sikit untuk bulan November ni. Ada idea dan cerita, ada lah update blog. Kalau tak, dia akan senyap sunyi je lah. Lagilah dah mula PKPB ni, agak stress juga nak menjana idea nak update blog.

Sampai satu tahap rasa macam malas nak update blog dah. Tapi bila kau dah bermula dengan blog ni, dia macam tulis diari. Hari hari ada je nak tulis (baca : ditaip). 

Dengan penulisan dapat jugalah kita asah bakat menulis. Walaupun kosa kata sama je muncul setiap kali menulis. Alah, lain blogger lain gaya penulisan dia. Barulah ada identiti sendiri.

Dalam masa yang sama, dapat naikkan traffik blog tu satu bonus lah sebab bila ada yang berminat untuk beriklan tu lebih yakin lah kita nak offer untuk mereka. Untuk produk review rasa dah boleh pencen dah. 

Kalau ada pun kena pilih produk yang sesuai untuk review. Produk kesihatan dan kecantikan tolak tepi. Malas dah nak bertukar tukar produk dan review produk. Lebih best review produk yang dibeli (kalau okay dan best). 

Lagi satu, dengan berblog ni lah dapat juga kita dapat duit tepi. Rezeki masing-masing. Ada juga blogger yang hanya tulis blog suka suka. Masing masing ada arah tujuan yang berbeza. 

Apapun berblogging ni happy, dapat kenal ramai kawan alam maya tak kira usia. Kita kawan kan?


24 comments

  1. Mantap tu..impression hampir 1j...tahniah 👏

    ReplyDelete
  2. wahh fofulernyer.. tryla fizah jadi youtuber pulak mesti lagu viralls.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je sudah wak 😁 viral sangat payah pula nanti.

      Delete
  3. Waaahhh, jauhnya Kak Pija punya click dan semuanya. Aien masih jauh di belakang ni pun dah rasa gembira. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyuk chaiyuk Aien. Semua orang pasti boleh. Happy tu paling penting dalam kita berblog kan 😉

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih wak. selalu juga datang sini. Salah sorang penyumbang tetap tu 😊

      Delete
  5. Itulah kagum Fiza konsisten dan istiqamah menulis. Akak mula berblog Oktober 2010 dan tahu pasal blog Fiza. Masa itu Fiza banyak cerita pasal 'mekapkan' blog orang lain. Masa itu pandang dari jauh dan baca sahajalah.
    Teruskan Fiza,ikut apa yang Fiza suka buat.
    Takpelah yang tanggapan rendah. Bulan depan harap-harap mencanak naik. Insya Allah.
    Gembira untuk awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak NA. Buat masa sekarang ada masanya dapat jugalah konsisten. Terima kasih kak dari dulu sampai sekarang tak putus singgah sini support blog ni.

      Aaminn..Terima kasih atas doanya 😊

      Delete
  6. waaahh tahniah tahiah... sis ambik aura peeja sikitlah.... :)))

    ReplyDelete
  7. Mantap tu KPI akak... Teman nie sesuka-suka je ber blog nie... anyway, keep up the good work... Semoga murah rezeki tuan admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. syukur dah masih kena usaha gigih lagi untuk next level. Okay juga untuk suka suka. Tak ada masalah.

      Aaminn..terima kasih atas doanya. Semoga dimurahkan rezeki juga dan Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  8. tahniah. semoga terus sukses dalam blogging :)

    ReplyDelete
  9. Kena belajar la pasal google console team tu, teringin gak nak tau lerformance blog hehe

    ReplyDelete
  10. sama lah..kalo yang memang tak pakai, memang tak akan review...huhu

    ReplyDelete
  11. hebat betul ni fiza.. tahniah. mama tak berapa tgk sgt email google console tu yang pastinya result mama bese je hihi

    ReplyDelete
  12. Best berblogging nih.. hehe.. ikut suka la nak haodet apa dan target apo..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.