Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu 2022

Hari ketiga tahun baru 2023 baru nak umumkan Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu 2022. Bermula tahun 2022 saya gunakan 'jurukomen' pula lah ganti 'komentator'. Bunyinya pun nampak menarik. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak umumkan Top 10 komentator setiap 6 bulan, fasa I dan fasa 2 seperti biasa. Tahun 2022 yang serba mencabar, macam-macam berlaku. Jadi saya putuskan untuk umumkan setahun sekali sahaja.

Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu 2022


top 10 jurukomen blog sihatimerahjambu 2022

  1. SalbiahM (401 comments)—Blog Sal (blognisalpunya.blogspot.com)
  2. NA (350 comments)—Pencarian Jiwa Diri Saya (me-soul-searching.blogspot.com)
  3. Amie (258 comments)—Amie's Litte Kitchen (salamisimon1.blogspot.com)
  4. Sha Mohamed (234 comments)—KasihkuAmani (kasihkuamani.blogspot.com)
  5. dear anies (219 comments)—Anies♥You (aniesandyou.blogspot.com)
  6. Cik Cappucino Latte (211 comments)—CikCappucinoLatte (cikcappuccinolatte.blogspot.com)
  7. Suria Amanda (196 comments)—SURIA AMANDA (www.suriaamanda.com)
  8. nona sani (182 comments)—LIFE WITH LOVE (www.nonasani.com)
  9. Warisan Petani (170 comments)—Warisan Petani (warisanpetani.blogspot.com)
  10. Seri Kandi Di Tanah Jauhar (142 comments)—Alam Sari Di Tanah Jauhar (sariyusa.blogspot.com)
Tahniah untuk Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu 2022 yang berjaya masuk carta. Seperti biasa untuk Top 3 blogger SalbiahM, NA dan Amie akan menerima hadiah daripada saya. boleh email saya azhafizahmdnor@gmail.com beserta nama, alamat dan no phone.

Selebihnya saya akan masukkan dalam bloglist saya dan kekal sepanjang tahun 2023 jika tiada sebarang masalah berlaku. Kadang blogspot ni tiba tiba je muncul masalahnya.

Seperti tahun sebelumnya saya akan berikan hadiah barangan elektrik seperti coffee maker, blender, toaster, toaster, lampu tidur dan lain-lain lagi. Mungkin tahun ni kita kekalkan lagi barangan elektrik. Boleh?

Terima kasih untuk jurutaip yang rajin tinggalkan komen di sini. Saya guna kaedah siapa komen banyak, dialah yang dapat. Adil begitu. Siapa usaha, dialah dapat. Lain blog, lainlah juga sistem kiraannya kan.

Ada juga yang sebelum ni tak bagi maklumat untuk pos. Jadi, saya anggap tak berminat untuk terima hadiah lah kot. Sebab dah inform masih tak dapat maklumatnya.

Pemberian hadiah untuk berkongsi rezeki dan sebagai penghargaan untuk para blogger yang rajin tinggalkan komen. Tinggalkan komen tu macam mengeratkan silaturahim antara blogger. Bukan semata-mata hanya nak hadiah. Kan? Hadiah boleh dikira sebagai bonus juga.

Bila tak tinggalkan komen, rasa macam serba tak kena je kan. Ye lah, orang dah datang rumah kita, kita tak balas kunjungan pula. Kadang bukan apa, masa tak mengizinkan. Ada perkara lain yang perlu diutamakan dulu. 

Sebelum tinggalkan blog ni, jom jalan-jalan ke blog mereka. Antara blogger yang rajin tinggalkan komen di mana-mana blog. Nama-nama yang tidak asing lagi dalam arena komen. Nama saya pun dah terkeluar dari carta blog blogger lain.

Apa-apa pun yang lain semua pun rajin juga cuma tak mencapai KPI masuk carta je. Takpa, usaha tangga kejayaan. 

28 comments:

  1. Dua jurukomen teratas juga merupakan jurukomen terbanyak di blog akak. Hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada juru komen yang tersenarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga wak tersenarai di atas :) Terima kasih wak rajin singgah sini.

      Delete
  3. Replies
    1. Tahniah untuk mereka. Terima kasih juga rajin singgah sini.

      Delete
  4. Ya Allah, tak sangka langsung nama sangkut kat sini. Thanks Fizah. First time menang kategori tahunan. Selalu bulanan je. huhu. OK nanti saya email ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tup tup terus nombor syatu tu Sal. hehe..Terima kasih juga Sal. Tahniah! jangan lupa email nanti ye.

      Delete
  5. Replies
    1. Tahniah untuk mereka. Terima kasih syu selalu singgah sini

      Delete
  6. Tahniah yg bertuah utk 2022!!! Yeay!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, tahniah untuk mereka. Terima kasih KakMim sudi singgah sini.

      Delete
  7. Alhamdulillah terpilih walaupun nombor 2.
    Nanti emel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kak. Sentiasa masuk carta atas..Baik, dah terima emailnya :)

      Delete
  8. Whoaaa..Tahniah semuaaa.. Okay, nanti berkunjung ke blog blog tersebut...Moga hubungan di Alam Maya terus baik yer 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga nona masuk carta. Terima kasih nona rajin singgah sini.
      InshaAllah..Aamiin...

      Delete
  9. tahniah semua... syukur..ukhwah tidak terhenti di atas talian semata mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih juga KakYan rajin singgah sini.

      Delete
  10. Replies
    1. Tahniah untuk semua dan juga Mrs. A rajin singgah sini :) Terima kasih.

      Delete
  11. wahh tahniah...Cuya baru je baca entri drpd kak Sal...dasyat hadiahnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah...tahniah untuk semua. Terima kasih singgah sini :)

      Delete
  12. Terima kasih Fizah. Baru sempat singgah sini hari ini. Tersangkut juga nama Kak Amie di antara top 10 juru komen. Tahniah buat semua juru komen yang lain.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Ada juga nama saya di situ.. hehehe..
    Tahniah buat yang menerima hadiah.. Ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah KakSha. Tahniah untuk mereka.
      Terima kasih KakSha rajin singgah komen :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.