10 Saluran PERCUMA Astro Bermula 15 Januari Sehingga 31 Januari 2023

Berita baik untuk semua pelanggan Astro! Bermula dari 15 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023, Astro menawarkan 10 saluran PERCUMA Astro yang terpilih di televisyen dan Astro GO sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan di Anugerah Putra Brand 2022.

Selain itu, pelanggan Go Shop akan menerima diskaun sebanyak RM12 untuk pembelian bernilai RM120 dan ke atas dengan kod promo ‘PUTRA12’ bermula 14 Januari 2023 sehingga 3 Februari 2023.

10 saluran PERCUMA Astro (15-31 Januari 2023)

10 Saluran PERCUMA Astro January 2023

tvN HD (CH395)
Memaparkan rancangan top Korea seperti Missing : The Other Side S2 dan Birdie Boys 

BOO HD (CH404)
Filem-filem seram Asia seperti Pengabdi Setan, Hantu Bonceng 2.0 dan Penunggang Agama.

SHOWCASE MOVIES (CH413)
Filem-filem kegemaran ramai seperti Mission : Impossible-Fallout, The Bourne Legacy dan Baywatch.

CNN HD (CH511) dan BBC World News HD (CH512)
Berita terkini dan pelbagai sudut pandangan dari seluruh dunia.

4 saluran baru Astro untuk diprebiu

10 Saluran PERCUMA Astro January 2023

CBeebie (CH620)
Menawarkan pelbagai pilihan kandungan untuk kanak-kanak pra sekolah seperti Bluey S2, Hey Duggee S4, Thomas & Friends, JoJo & Gran Gran S2

DreamWorks (CH622)
Rangkaian kanak-kanak dan keluarga yang disiarkan 24-jam yang membawa wira filem tercinta dalam rancangan mereka sendiri seperti The Boss Baby : Back in Bussiness, The Adventures of Puss in Boots, Kung Fu Panda : The Paws of Destiny, Trolls : The Beat Goes On, Dragons : Races to The Edge dan banyak lagi.

Love Nature (CH558) dan Love Nature 4K (CH549)
Menampilkan kisah-kisah yang menakjubkan tentang keajaiban alam termasuk Africa's Hidden Kingdoms, Shark Squad, Strange Creatures dan New Kids In The Wild. Love Nature 4K tersedia untuk semua pelanggan Asto menerusi Ultrabox.

Global Trekker (CH559)
Saluran hiburan fakta dengan pelbagai genre yang meliputi budaya, makanan, pengembaraan, dan inovasi terbaru dalam teknologi serta biografi popular masa kini termasuk Tech Billionares: Elon Musk, David Beckham: Infamous, Adele: A New Chapter dan Queen Elizabeth: A Lifetime Of Service.

Saluran sempena Tahun Baru Cina

10 Saluran PERCUMA Astro January 2023

Pelanggan Astro juga boleh menikmati saluran pop-up Too FUN (CH100) bermula 14 hingga 12 Februari 2023 bersempena Tahun Baru Cina (CNY). 

Saluran Too FUN (CH100) memaparkan pelbagai jenis kandungan drama hiburan seperti From Beijing with Love, I Fine..Thank You..Love You, CZ12 dan banyak lagi.

Selamat menonton siaran saluran percuma Astro!

sumber : 
https://www.facebook.com/Astro/videos/497330612517270

12 comments:

  1. wah.
    karang malam nak suruh izzat try test channel tvn & boo tu.
    suka la anak pompuan aida boleh view tvn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah layan saluran percuma ni kan. Selamat menonton seisi keluarga :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ya..banyak pilihan saluran. Boleh tonton sementara percuma :)

      Delete
  3. Replies
    1. A'ah..Okay jugalah kan dapat siaran percuma seketika. Boleh layan kalau bosan bosan.

      Delete
  4. Replies
    1. Hihi..kalau ada cerita best kena dengan jiwa bolehlah layan.

      Delete
  5. Cite BOO memang kt rumah ni langgam sekali..Wow.Baru tahu ada siaran free ek...Mujur terbaca sini..Nanti try tonton

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.