Siaran Langsung Malaysia Vs Singapura Piala AFF 2022

Saksikan siaran lansung (live) Perlawanan Malaysia vs Singapura bersiaran di saluran 802 sukan Astro Arena 2 seawal pukul 8:00 malam dan RTM TV2 pukul 8:45 malam bermula dengan rancangan pra-perlawanan. 

Peminat bola sepak kini boleh tonton siaran langsung piala AFF 2022 RTM secara live streaming online Malaysia vs Singapura menerusi platform RTM Klik atau aplikasi RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan Sooka.

Siaran oleh RTM merupakan siaran tidak berbayar (Free To Air-FTA) dan tidak tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.

Perlawanan antara Malaysia vs Singapura merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang membabitkan pasukan Malaysia Harimau Malaya yang berlangsung pada hari Selasa, 27 Disember 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

Skuad Harimau Malaya perlu menang dalam perlawanan menentang Singapura ini untuk layak ke peringkat seterusnya.


PIALA MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022

Malaysia vs Singapura
Tarikh perlawanan : Selasa, 3 Januari 2023
Waktu siaran lansung : 8:30 malam
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM TV2, RTM Sukan, RTM Klik, Sooka
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

Siaran Langsung Malaysia Vs Singapura Piala AFF 2022

Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Singapura Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Live : Malaysia (4) - (1) Singapura
 Darren Lok 35'
 Stuart Wilkin 50', 54'
 Faris Ramli 85'
 Ezequiel Agüero 88'

Tahniah Skuad Harimau Malaysia berjaya layak ke Perlawanan Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022!

Pembelian tiket Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Untuk mereka yang ingin menyaksikan Perlawanan skuad negara Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, bolehlah buat pembelian tiket perlawanan secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my

Harga tiket

  • Terbuka - RM30
  • Premium - RM50
  • Grandstand - RM60 
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM5

Maklumat Berkenaan Pemulangan Lebihan Bayaran

Malaysia vs Singapura
Tempat : Kaunter Tiket Pintu E, Stadium Nasional , Bukit Jalil
Tarikh : 3 Januari 2023
Masa : 2:30 petang hingga 9:30 malam

2 comments:

  1. Replies
    1. Ya, tengok bola kena jerit baru happening gitu. hehe..bertabahlah mummy :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.