Telefilem Kung Fu Kaw (TV3)

Tonton Telefilem Kung Fu Kaw ulang siaran pada hari Sabtu, 21 Januari 2023 pukul 10:30 malam di TV3 sempena Tahun Baru Cina. Telefilem Kung Fu Kaw dibintangi Datin Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifly, Syafie Naswip, Wong Sip Nen, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

TELEFILEM KUNG FU KAW

Waktu siaran : Sabtu, 21 Januari 2023, pukul 10:30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : MF Kencana
Idea asal : Ti Arneez
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

tonton telefilem kung fu kaw full movie tv3

PELAKON DAN WATAK

  • Datin Elvina Mohamad sebagai Saleha
  • Syazwan Zulkifly
  • Syafie Naswip
  • Wong Sip Nen
  • Jaja Iliyes

SINOPSIS TELEFILEM KUNG FU KAW

Kisah tentang Saleha yang menjadi mangsa jenayah bertekad untuk menguasai ilmu kungfu akibat mengalami trauma yang menimpa dirinya. Disebabkan itu, dia mendekati Pakcik Lee untuk mempelajari ilmu seni mempertahankan diri tersebut, namun Uncle Lee enggan mengajarnya kepada Saleha.

Saleha tetap tidak berputus asa dan terus mencuba dan merayu kepada Uncle Lee mengajarnya. Ketika Saleha hampir putus asa, barulah Uncle Lee bersetuju mengajarnya. Sejak dari itulah, Saleha tekun belajar ilmu asas kung fu.

Saleha mula syak yang Baka adalah orang yang cuba merogolnya suatu ketika dahulu. Kemudian dia cuba untuk memberanikan diri mencari bukti untuk menuntut keadilan. Dapatkah Saleha menuntut keadilan itu?

Saksikan Telefilem Kung Fu Kaw di TV3.

4 comments:

  1. Dah beberapa tahun rumah saya tiada siaran televisyen. Mengharapkan YouTube sahaja dengan menggunakan smart tv. Jadi kalau nak menonton layan YouTube saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, sejak dah upgrade unifi ni hypptv tak free dah. Dulu masa streamyx masih free lagi hypptv. TV untuk tengok YT jelah layan mana best. Siaran TV banyak tengok streaming live je guna PC :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.