Aiskrim KitKat Pink Baru Untuk Peminat Pink

Ada peluang ikut encik suami membeli barang dapur, kita pun teringat nak mencari aiskrim KitKat Pink yang baru tu. Cari-cari di Mydin tak ada pula. Yang ada aiskrim KitKat Gold tu. Mujur tak silap beli. Sebab aiskrim KitKat Gold dah pernah cuba dah sebelum ni.

Sebelum balik rumah, singgah di 99 Speedmart yang berdekatan. Eh, tak ada juga! Aiskrim KitKat Pink ni baru lagi. Mungkin sebab viral, itu yang cepat habis. Susah nak dapat. 

Pergi lagi satu lagi kedai 99 Speedmart yang  berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah...masih ada stok. Rezeki sayalah dapat merasa aiskrim KitKat pink baru yang viral terlajak laris ni. 

Selain tertarik dengan pembungkus yang berwarna pink itu. Tertarik juga dengan rupa paras aiskrim pada pembungkusnya. Menarik bukan? Warna pink! 

kitkat ice cream pink stick price

KitKat ice cream pink stick price harganya RM4.60 di 99 Speedmart. Tempat lain tak pastilah, rasanya lain kedai lain harga. Sekadar nak mencuba tu bolehlah sebab kira aiskrim level kayangan juga ni. Saiznya pun sedang-sedang je.

kitkat ice cream pink stick price

Aiskrim KitKat PINK

Aiskrim KitKat PINK merupakan aiskrim baru keluaran Nestle. Aiskrim berperisa  wafer yang disalut dengan coklat perisa kek keju strawberi, dihiasi dengan cebisan strawberi dan wafer KitKat rangup.

kitkat ice cream pink stick price

Rasa aiskrim wafer yang sedap lebih kurang macam aiskrim vanilla. Sesekali rasa masam manis dari salutan kek keju strawberi selang seli dengan kerangupan cebisan wafer KitKat. Gabungan rasa yang menarik ada masam dan manis. Nak kata manis sangat tu tidaklah kot. 

Kadang-kadang tergigit cebisan strawberi yang masam sangat tu boleh patah selera sikit. Tapi kalau jenis masam manis strawberi, kena cuba lah. Rasa aiskrim yang sedap, boleh makan. 

Saya tak pasti aiskrim KitKat PINK ni dikeluarkan sempena apa. Chinese New Year atau
BLΛƆKPIИK entah. Atau tak ada kena mengena dengan kedua-duanya.

22 comments:

  1. Hari tu gi speedmart nak cari ais krim kiub yg viral tu tak ada, aiskrim pink ni ada, tapi kenapa tah macam tak ada hati nak beli. Tengok Fiza makan ni rasa teringinlah pulak, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ais krim kiub tu pun tak sempat rasa lagi kak. Kalau jumpa wajib beli tu, nak cuba juga aiskrim kiub. Cer try yang pink ni dulu kak. hehe...

      Delete
  2. Replies
    1. Warna dia buat tertarik nak membeli. Boleh cuba kak :)

      Delete
  3. susah nau cari aiskrim ni..selalu tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, pergi 2 tempat tak ada. Rezeki juga ni dapat beli 1 buat ghaso ghaso :)

      Delete
  4. mula risau nak cuba kot terlebih manis mcm yg gold..sekali sedap pula sebab ada masam2 strawberry tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pink ni kurang manis sikit kan. Bolehlah buat rasa rasa :)

      Delete
  5. jarang sgt beli ice cream sekarang ni.. kalau beli pun mesti yg choc je.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham..Mummy Ayu memang setia pada choc :)

      Delete
  6. wah, boleh la belanja cucu sat lagi lepas ambil dari sekolah. cucu punya pasal harga rm10 satu pun tok ayah akan beli kan. tambah pula cucu perempuan, tok ayah cair awal dari aiskrim pink tu....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kasih sayang seorang atok. Seronok jadi cucu nak apa mesti dapat. Semoga Allah limpahi rezeki yang melimpah ruah buat atok yang selalu belanja cucunya. Aamiin...

      Delete
  7. ada nampak di shell, nanti nk beli lah. hehee

    ReplyDelete
  8. Menarik ni... gegirls akk mesti suka ni

    ReplyDelete
  9. saya tak berapa berkenan pula bila tengok gambarnya, tu tak amik.

    ReplyDelete
  10. Kurang minat perisa strawberry tapi macam nak try...Hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.