Jadual Dan keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023 Di Dubai

Pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim), Skuad Harimau Selatan akan memulakan musim perlawanan 2023 dengan aksi Perlawanan Persahabatan (Friendly Match) bagi memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi cabaran musim baru Liga Malaysia (liga M) dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dipilih sebagai destinasi gelanggang latihan dan perlawanan persahabatan pra musim JDT 2023. Perlawanan pertama perlawanan persahabatan, JDT bakal menentang pasukan kelab bola sepak FC Rostov dari negara Russia yang dijadualkan berlansung pada hari Rabu, 25 Januari 2023 di Stadium The Sevens, Dubai.

Dubai dipilih sebagai destinasi gelanggang latihan yang terbaik kerana ianya merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain JDT. Malah terdapat juga kelab-kelab dari Eropah yang memilih Dubai sebagai aksi pra musim mereka kerana terdapat kemudahan-kemudahan sofistikated dan spektakular yang bertaraf dunia.

Perlawanan persahabatan pra musim 2023 JDT melibatkan kelab bola sepak dari UAE, Russia (FC Rostov, Lokomotiv Moscow & Zenit St. Petersburg) dan Bulgaria (Levski Sofia).

Jadual perlawanan persahabatan Pramusim JDT 2023

25 Januari — JDT lwn FC Rostov
28 Januari — JDT lwn FC Levski Sofia
31 Januari — JDT lwn FC Fursan Hispania
2 Februari — JDT lwn FC Lokomotiv Moscow
6 Februari — JDT lwn FC Zenit St. Petersburg

Jadual perlawanan persahabatan Pramusim JDT 2023
sumber : https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/2487398521423432

Keputusan penuh Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023 di Dubai

Rabu, 25 Januari 2023
FT : JDT (0) - (2) FC Rostov
 Egor Golenkov 39'
 Egor Golenkov 45'+1

Sabtu, 28 Januari 2023
FT 55' : JDT (1) - (0) FC Levski Sofia
 Juan Muniz 24'

Selasa, 31 Januari 2023
FT : JDT (3) - (0) FC Fursan Hispania

Khamis, 2 Februari 2023
FT : JDT (1) - (0) FC Lokomotiv Moscow
 Arif Aiman

Isnin, 6 Februari 2023
JDT vs FC Zenit St. Petersburg

Jadual Terkini Perlawanan Persahabatan Pra Musim JDT 2023

Jadual perlawanan persahabatan Pramusim JDT 2023

Semoga skuad Harimau Selatan dapat mempertahankan kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan beraksi dengan cemerlang dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL). Luaskan Kuasamu Johor!

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.