Header Ads


Menjamu Selera di Aureum, Rembau Kopitiam

Sebelum sampai ke Istana Raja Melewar Rembau tu perasan ada kedai makan macam cantik je tepi jalan. Nampak ada banner kopi 434 dan jeruk madu Pak Ali. Sebelum balik rumah, encik suami singgah lah kejap. Nama kedainya Aureum, Rembau Kopitiam.

Aureum, Rembau Kopitiam baru buka tahun ni. Berlatar belakangkan kehijauan bukit dan alam semulajadi. Depan dia betul betul dekat jalan besar yang sibuk. 

Aureum Rembau Kopitiam

Sebenarnya dalam perjalanan ke Rembau dah makan ayam gunting. Kira dah kenyang jugaklah. Tapi dah singgah, kenalah cuba apa yang teringin nak makan. Encik suami order roti kaya dan air mocha.

Aureum Rembau Kopitiam- Roti kaya

Roti ni saya cuma jamah sikit je sebab tak rasa macam nak makan roti pun. Okaylah roti lembut dan kaya banyak juga. Habis dimakan sebelum order saya sampai.

Aureum Rembau Kopitiam-mocha

Air mocha yang rasa lebih kepada coklat, kurang rasa kopinya. Mungkin kurang letak espresso kot. It's okay. Habis jugak secawan ni dalam kekenyangan pun. Dah menyembang sambil makan minum mana nak sedar dah habis kan.

Saya order mi kari dan juga air kopi caramel macchiato. Mi kari saya lambat sampai sebab staff tu terlupa. Dia datang dekat kat meja dan tanya tadi ad order mi kari ke? Lepas tu gelabah terlupa agaknya. Lepas tu baru sampai kat meja dan dia minta maaf.

Mujur bukan masa tengah lapar. Mi kari dia sedap jugaklah. Tapi kurang kick rasa kari tu, macam santan lebih. Tapi rencah dan mi dia banyak. Kenyang makan kongsi berdua pun.

Aureum Rembau Kopitiam-mi kari

Caramel macchiato dia biasa biasa je. 

Aureum Rembau Kopitiam-caramel macchiato

Sebelum order sampai kita ambil gambar dulu. Cafe ke restaurant ke kedai makan ke, tak tahu mana satu nak klasifikasikan. Auremum Rembau Kopitiam ni cantik decoration dia. Tu yang ambil gambar tu. Nak baik pulih hati yang kecewa tadi tak dapat ambil gambar kat Istana Raja Melewar.

Aureum Rembau Kopitiam

Sekurang kurangnya tak balik dengan kecewa. Perut pun senang hati dah terisi penuh. Harga total RM30 lebih macam tu kot. Lupa dah.

Sebelum gerak pergi masuk kedai jeruk madu Pak Ali bersambungan dengan cafe. Beli jeruk buah salak. Itu je yang berselera rasa nak makan. Banyak lagi jeruk yang ada.

Aureum, Rembau Kopitiam

Jln Seremban - Tampin, Kampung Ulu Chuai, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

12 comments:

  1. Nampak menarik cafe ni, seronok tengok Fiza pergi macam2 coffee house.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak dengan decoration dan suasana dia tu. Menu pun banyak pilihan. Kot terlalu Rembau boleh singgah sini kak :)

      Delete
  2. Selamat menjamu selera
    Mengancam nampak mi kari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mengancam wak, cuma rasa kari kurang kick sikit. Yang lain okay :)

      Delete
  3. Tiba-tiba akak teringat lagu Waris, Rembau Most Wanted. Hehe.. sedap, dapat pekena kopi, makan mee kari dan roti kaya. Comei la Fizah ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam ingat Rembau, ingat Rembau Most Wanted gitu. Memang itu yang terlintas dalam kepala bila sebut Rembau. Sedap menu menu yang ada.
      Terima kasih kak Nur :)

      Delete
  4. Nampak agak lapang tempat duduknya tu. Rasa selesa ye Fiizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapang dan selesa jugaklah kak Amie makan kat sini ada jarak meja yang agak jauh juga. Bila sesak tu taklah terasa sangat kot.

      Delete
  5. harga dia berpatutan juga kan...boleh la tu dengan rasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, harga standard kopitiam :) rasa pun boleh tahan lah.

      Delete
  6. nampak juga orang share cafe di FB sebab cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam facebook tu lagi menarik Sal, ada view belakang cafe tak silap. Ni ambil gambar mana yang dapat je. Risau pulak masa ambil gambar, orang ingat ambil gambar dia. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.