Header Ads


Check In ID Hotel Yayasan

Seusai acara akad nikah anak buah, check in ID Hotel Yayasan. Saja check in hotel sebab lebih dekat. Walaupun perjalanan rumah mak dan rumah kakak taklah jauh mana lebih kurang setengah jam macam tu. Tapi sehari nak ulang alik banyak kali terasa jugak jauhnya tu.

Check in dekat sikit senang esok nak ready untuk majlis resepsi. Seumur hidup duduk kat Segamat tak pernah check in mana-mana hotel sebab tak ada keperluan. Kali ni saja je stay hotel, sambil tu boleh rest lebih sikit.

Dah banyak hari tak rest dan tak cukup tidur, eloklah kita stay sehari kat hotel. Mulanya nak stay hotel lagi satu tu, tapi full pulak. Tak sangka hotel kat Segamat ni pun full. Mungkin ramai balik kampung tidur hotel kot.

Kami pun last minit booking melalui agoda, last room!. Harga semalam RM86.36. Urusan check in sekejap je. Bayar RM50 deposit dan refund masa check out macam biasa.

ID Hotel Yayasan

Ruang lobby hotel yang luas, bersih dan wangi.

ID Hotel Yayasan

Ruang bilik yang bersih dan selesa. Walaupun ruang bilik saiz kecil dan tak luas tapi selesa sangat. Berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan tu.

ID Hotel Yayasan

Suka dengan lantai dia. Selesa memijak. Yang penting bilik bersih tak berhabuk. Perabot yang ada pun simple je. Tak ada almari pakaian, cuma ada penyangkut. Ada meja dan cermin, televisyen, plug pun cuma ada satu dua je kot.

ID Hotel Yayasan

Tersedia 2 botol air minuman, cawan dan kopi sachet. Katanya bilik tak boleh merokok, tapi ada pulak ash tray. Apoooo...Dulang ni diletakkan atas meja bercermin tu. Nak buat kerja kat meja terpaksa alihkan ketepi dulu.

ID Hotel Yayasan

Bilik air dia bersih, puas hati! Inilah antara bilik air hotel yang bagus buat maintainance bersihkan bilik air dan toilet. Ada shampoo, sabun, sanitary pad plastik dan shower cap.

ID Hotel Yayasan

Ikutkan nak makan mi bandung kat Ngeteh Port. Terasa rasa kesedapan mi bandung Ngeteh port tapi kami pergi lewat malam tu, dorang dah tutup order. Kecewa...

Permandangan Luar ID Hotel Yayasan

Lepas tu carilah makan kat kedai lain, order chicken Grilled, Chicken Chop, Boba milk dan air kosong. Sekali tunggu punya tunggu hampir 2 jam jugak. Sejam lebih baru chicken grilled sampai. Lepas tu makanan dan air kosong pun tak sampai sampai. Cancelled order dan bayar harga chicken grilled je.

Bukan meja kami je lambat dapat makanan dan minuman. Meja lain pun sama. Paling kesian meja yang nak celebrate birthday tunggu lama. Memang taklah makan kat kedai tu lagi. Nyosal!

Apa-apapun okay sangat stay di ID Hotel Yayasan ni. Bilik selesa, bersih setanding harga yang murah bawah RM100. Next time boleh stay lagi.

14 comments:

  1. fuyhhh bersihnyaaa bilik dia!!! Tengok pun dah tau bersih yang amat... bagus btul cleaner dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih sangat tu tidaklah tapi puas hati tahap kebersihan dia. Baguslah dorang bersihkan elok elok. Barulah selesa yang datang menginap dan akan repeat datang lagi.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah..dapatlah jugak melepaskan penat lelah sebentar.

      Delete
  3. Nampak katil dia macam empuk, mesti selesa tidur malam tu.

    ReplyDelete
  4. Tengok pun nampak bersihnya bilik tu..sesuai ngan harga..paling pantang kalau pi makan kat luar and makanan lambat sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat dengan harganya. Puas hati. Itulah tu, lambat bukan biasa biasa..air kosong pun tak serve²..teruk sangat dah tu

      Delete
  5. Not bad bilik dia.. nampak selesa.. janji dapat rehat dan tidur dengan aman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang selesa. Yang penting itulah, tidur yang berkualiti untuk recharge energy

      Delete
  6. ok jugak tido hotel. rileks sikit tak payah berebut cermin nak bersiap. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting tu kan nak bersiap tanpa rebut cermin. Tak payah rebut turn nak guna bilik air jugak.

      Delete
  7. berbaloi sangat2 harga below 100 dpt bilik yg cantik selesa kemas... terbayang2 pulak bilik yg ammi dpt masa gi pangkor tu..sampai harini tak hilang lagi geramnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi sangat Ammi. Jangan dikenang cerita lama nanti sakit hati..sabar sabar

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.