Drama Cinta Hilang Kata

Cinta Hilang Kata, drama adaptasi novel karya Lily Haslina Nasir dibintangi pelakon Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Drama Cinta Hilang Kata episode 1 mula bersiaran pada 18 Julai 2022, jam 6:00 petang di saluran 105 Slot Tiara Astro Prima.

Drama Cinta Hilang Kata

DRAMA CINTA HILANG KATA

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 18 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima CH 105
Penulis skrip : PGRs team
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
  • Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
  • Nelissa Nizam sebagai Sabby
  • Hariz Hamdan sebagai Zaili
  • Iqram Dinzly sebagai Amirul
  • Anne Abdullah sebagai Mahyun
  • Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
  • Amelia Christie sebagai Ezra
  • Aqil Taqee sebagai Deens
  • Faa Zaini sebagai Wanie
  • Ayunie Rizal
  • Talha Harith

SINOPSIS CINTA HILANG KATA

Dalam diam, Nurul Masmin menaruh hati pada Rain Akhtar tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul. Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan pergi membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul disebabnya kisah dulu cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya dijadikan alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra, Wanie dan Deens yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.

LAGU TEMA (OST) DRAMA CINTA HILANG KATA

Lagu : Bahagiakan Dia
Penyanyi : Shila Amzah, Liza Hanim
Komposer : Aliff Iskandar
Lirik lagu : Aliff Iskandar & Que Afiq



No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.