Header Ads


Dulang Hantaran Tema Mint Blue

3 Syawal tak kemana-mana. Berehat di rumah simpan tenaga untuk dikerah esoknya. Taklah berehat sangat pun. Masih kena memasak dan mengemas rumah. 4 Syawal, ikut plan nak pergi rumah kakak lepas zohor. 

Tapi ada beberapa hal nak diuruskan, lepas asar baru gerak pergi rumah kakak dalam Segamat jugak. Perjalanan kurang dari setengah jam dah sampai. Misi menyiapkan dulang hantaran pun bermula. 

Tema warna baju family warna mint, tema warna hantaran mint blue bercampur putih. Dulang hantaran guna dulang hantaran tunang dan kahwin saya dulu. Senang jimat banyak tak perlu beli lagi. Masih in trend lagi kot kan dulang hantaran macam ni.

Cuma bunga dan hiasan lain anak buah beli sendiri sebab ikut tema warna dia. Tema warna saya dulu pink, memang tak masuk lah kan.

Saya cuma siapkan dulang hantaran je lah. Gabus bulat tapak hantaran tu balut dengan crepe paper warna krim. Kemaskan guna stapler je kerja. Lepas tu cucuk bunga secara random keliling gabus. Dah siap!

Nampak mudah tapi tak! Jenuh juga nak siapkan 7 dulang tu. Cermin bawah tu welcome board. Cermin beli di MR. DIY, sticker tempah kat shopee katanya.

Dulang hantaran tema mint green blue

Untuk dulang hantaran sirih junjung anak buah kata kena buah tinggi sikit. Letak gabus bulat satu dan sfera atasnya. Sirih tu guna sirih tipu-tipu. Baru tahu ada sirih fake. Susah jugak nak membentuk tu. 

Anak buah tukang membentuk sirih dan gam pada lidi, saya tukang susun je cucuk pada gabus. Jadi tak jadi belakang kira asalkan cantik sudah. 

Dah siap, kemain rimbun pulak dulang cincin dan sirih junjung ni. Nak tutup kosong tu punya pasal. Tok kadi pun tegur, cincinnya kecik tapi dulangnya besar kemain.

Hantaran sirih junjung dulang cincin tema mint green blue

Inilah hasilnya lepas dah diletakkan barang hantarannya. Gambar dari photographer. Saya tak sempat nak ambil gambar sebab barang banyak tak lengkap masa tu. Photographer ambil gambar dari atas, kalau dari sisi nampaklah dulang hantaran cantik sikit.

Dulang hantaran tema mint green blue

Nak bagi secure barang hantaran elok terletak dan tak kosong, last minit letak shredded paper. Hiasan welcome board encik suami yang uruskan. 

Berguna jugak masih simpan dulang hantaran tu. Yelah siapa lagi nak guna kalau bukan anak buah. Dah kita tak ada adik kan. Siapa lagi nak mewarisinya. Nak mudah buat hidden hantaran je. Tapi itulah, cadangan ditolak mesyuarat tingkap.

Dulu kami suami isteri pun buat hantaran sendiri je. Tapi buat pun tak lah last minit. Takpe, bab hantaran serahkan pada kami. Dulu masa adik ipar kahwin pun, kami jugak yang buat. Muka kami dah dicop sebagai tukang buat dulang hantaran. Hehe...

Hantaran saya buat tahun 2013, 2 gambar bawah hantaran masa tunang. Tema pink lah of course! Nampak lebih kurang pulak dekorasi dengan anak buah punya. Nak buat macamana, idea nan hado. 

Cuma masa tu sirih junjung tak fake lah. Sebelum kahwin saya dah siap resign awal, tu yang ada masa siapkan hantaran. 

Dulang hantaran tema pink

Tapi itulah, bila kerja last minit ni hasilnya tak sempat nak belek betul-betul. Dah tak kira kemas ke tidak dah. Asalkan cantik sudah.


Nampak mudah susun susun serba ringkas tapi dari petang membawa sampai ke tengah malam nak menyiapnya pun. Itupun tak siap sepenuhnya, bersambung esoknya siapkan letak barang dan kemaskan. Fuhh...

16 comments:

  1. Bagusnya, buat sendiri dulang hantaran. Jimat belanja. Baru tahu ada jual daun sireh plastik. Cantik gubahan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat belanja sikit. Pastu boleh buat ikut suka kita. A'ah kak, ada daun sirih plastik.
      Terima kasih kak Nur.

      Delete
  2. Betul simpan elok-elok boleh recycle semula dedulang dah jimat tak payah beli lagi.
    Pernah juga tolong buat hantaran masa s.i.l nak kahwin dulu memang nampak mudah tapi kerjanya dari pagi sampai ke malam huhuhuu... sebab last minit punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, pewaris boleh guna pakai semula. Itulah tu, nampak mudah tapi renyah juga nak siapkan. Bila last minit, begitulah cerita dia.

      Delete
  3. Tangan berseni Fiza ni..sampai kena cop tukang buat dulang hantaran 😃
    Kalau akak, udah ler tak berseni, tak rajin pulak…adeh. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..seni yang ada dapat disumbangkan. Boleh tu kak, kena tambah kreatif sikit lagi tu :)

      Delete
  4. ya allah rajin nya dia... kita dulu suka gak tgk cousin2 buat dulang hantaran ni.. nak tlg mmg tk la kan sbb tangan x berseni :D kang jadi haru biru plak.. so kita mampu tgk aje la kat tepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..dah diberi tugas, kita buat mana termampu KakRet. Berseni sangat tu taklah, asal nampak cantik sudah :)

      Delete
  5. Mudah klau kita buat sendiri.. klau ada lsack kite sendiri betulkan.. dan juga jimat kos drpd kita upah dengan orang lain.. aini pun buat hantaran sendiri termasuklah adik aini n adik ipar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aini, mana boleh buat sendiri tu eloklah buat sendiri. Mesti kreatif ni buat hantaran sendiri dan adik beradik dan ipar.

      Delete
  6. Cantik kak!!! Nice....Hehe.. Sy teringin jugak nak hias barang hantaran ek.. tapi macam leceh bebenor rasa.... Buat hidden ajela pantas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak senang buat hidden hantaran je. Sekejap je dah siap :)

      Delete
  7. ammi memang surrender bab hantaran ni...keras kejung kematu tangan

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Terima kasih kak. Mujur masih boleh masuk dengan trend sekarang :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.