Header Ads


2 Syawal Beraya Di Kuala Pilah

Pagi 2 Syawal bersiap siap balik semula Kuala Pilah, beraya balik hari. Kebetulan pakcik encik suami ada buat makan makan gulai kambing sendiri. Mak pun ajak pergi sekali. Sampai Kuala Pilah, salam-salam dan bergambar gerak ke rumah adik mak mentua.

Dalam kampung yang sama, pergi beraya sekali di rumah sepupu mak. Lepas tu baru ke rumah uwan, mak arwah abah. Pakcik sembelih kambing belaan sendiri dan masak sendiri. Sedap sungguh! Kami berdua yang tak makan kambing ni tiba -tiba boleh makan kambing pulak.

Gulai kambing sodap bonar! Lansung tak bau hamis dan daging lembut. Bertambah mencedok daging kambing. Sedap ke lapar, tak tahulah nak kata.                                                      

Baju raya tema brick colours

Beraya kat rumah sepupu mak, berkenan dengan tangga hijau tu. Pantang nampak tangga rumah orang cantik, mesti nak ambil gambar. Sebelum balik Segamat, sempat merayau di bendang sawah semata-mata nak ambil gambar cantik. Gigih betul kan!

Raya kedua tema oren merah batu bata. Tiba-tiba rasa silap pakai tudung, jadi kembang sepinggan muka. Adeh! Tak kan sehari makan juadah raya dah kembang gitu. 

Tudung je baru, yang lain pakai baju raya PKP yang belum pakai lagi. Encik suami pun recycle je baju  raya tahun 2019. Ada hikmah juga PKP, tak perlu beria beli baju raya tahun ni.


10 comments:

  1. Selamat Hari Raya. Cantik pemandangan kawasan sawah padi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
      Memang cantik permandangan sawah padi ni.

      Delete
  2. Memang cantik ambil gambar tepi sawah padi.
    Orang tua kampung selalu pandai masak kambing. Akak pun pernah makan gulai kambing, lembut dagingnya, takde rasa hamis pun. Orang kata, kalau orang tu pandai sembelih, elok la hasil masakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..sawah padi dan pantai memang tempat cantik untuk bergambar. Betullah tu kak Nur, kalau pandai sembelih tak bau hamis dan sedap masakannya.

      Delete
  3. Selamat hari raya Aidilfitri Fiza sekeluarga.
    Maaf zahir dan batin.
    Nice #ootd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kak.

      Terima kasih :)

      Delete
  4. lawa baju raya Fizah. berkenan kat cutting kain tu. sedapnya makan kambing. teringin pulak. padahal baru makan raya keempat hari tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Kain pareo je tu. Alhamdulillah..rezeki makan kambing sedap. Haa dapat jugak makan kambing tuu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.