Header Ads


6 Syawal, Majlis Resepsi Raja Sehari

Hari yang dinantikan telah tiba. Ikut kalendar Islam, majlis 5 Syawal. Tapi dah raya awal sehari, maka majlis tetap 7 Mei bersamaan 6 Syawal. Lepas check out ID Hotel Yayasan, terus gerak ke majlis yang berlansung seawal jam 11:00 pagi.

Bila sampai, adik beradik yang lain pun baru sampai. Adik beradik abang ipar pun dah ready sebab dekat je dengan kampung abang ipar majlisnya pun. Sampai sampai je terus makan. Lapar punya pasal. Nasi minyak pertama selepas PKP. Sedap nasi minyak dan lauk pauknya. Guna khidmat katering je senang.

Tengah ambil lauk, dah berkompang. Rindu nak dengar kompang live. Tapi itulah tak sempat nak ambil video dan gambar sebab tengah ambil makanan kan. Lepas makan, sembang sembang dengan adik beradik dan sedara mana yang jumpa.

Acara wajib, ambil gambar dengan pengantin. Tema warna baju keluarga sebelah pengantin perempuan warna mint. Tapi husband pakai warna olive dan saya adalah lah warna mint blue sikit. Jadilah asalkan warna lebih kurang sedondon.

Majlis Resepsi Ayien & Qayyum

Cantik tema baju pengantin songket. Gabungan warna gold dan hitam memang Onz sangat. Trend bunga tangan macam tu sekarang kan. Senang jugak tak perlu sediakan fresh flower.

Terasa gemuk disitu. Ahhh..ini semua silap baju yang kembang tiba-tiba. Ehhh..nak salahkan baju pulak kan. Tapi memang baju tu kembang dan loose pun. Senang nak makan banyak, food bump pun tak kelihatan jelas. Hehehe..alasan!

Majlis Resepsi Ayien & Qayyum

Tempat wajib bergambar untuk tetamu di welcome board. Spoil sikit sebab tak ada orang nak lapkan cermin tu. Saya pun lupa nak tolong lapkan. Adeh! Bila semua dah celaru mana nak ingat apa dah. Yang penting majlis berjalan dengan lancar.

Selesai sudah majlis raja sehari anak buah. Settled satu hal, Next majlis bulan November katanya, inshaAllah...bakal bertambah anak buah menantu.

18 comments:

  1. Wah, tahniahhh.. ONZ tema pengantin tuhh... Moga bahagia kedua dua mempelai sampai syurga Allah.

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak makan nasi minyak. Yumms. Cantik baju pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi tu mesti ada jemputan. Sekarang dah boleh buat majlis jemputan ramai dan musim orang kahwin juga.

      Terima kasih, wakil dari pengantin :)

      Delete
  3. Selamat Pengantin Baru utk anak buah. Cantik pelaminnya.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pengantin baru.. pengantin lama pun tak kurang juga.

    Semoga dikurniakan kebahagiaan buat kedua pasangan baru dan lama tu, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua pengantin ONzz kan. hehe..
      Aamiin..terima kasih untuk doanya :)

      Delete
  5. selamat pengantin baru buat pasangan
    dan slmt hari raya
    cantik temanya
    pelamin munga munga trend skrg , cantikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Selamat Hari Raya kak Nor.
      Trend tema floral moden gitu.

      Delete
  6. Cantik baju pengantin..suka kalau pengantin pilih songket modern macam ni...nampak klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan kalau pengantin pakai songket. Back to classic tradisional

      Delete
  7. memang cantik hitam gold. songket pulak tu. klasik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat warna tu kan. Naik seri. Memang menarik pakai songket.

      Delete
  8. Replies
    1. Simple tak simple sangat sebab banyak jugak perhiasan bunga tu. Sederhana lah kiranya.

      Delete
  9. bila time majlis gitu...benda yg sentiasa ingat boleh jadi lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kita pun datang masa majlis bukan sebelum majlis. Pastu nak balik cepat, memang tak dan lah

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.