Header Ads


Cekodok Pisang

Mak tinggalkan lebih kurang 5-6 sisir tandan pisang kat kampung. Mak suruh ambil semua. Ada yang masak dan ada yang masih muda. Yang masak saya buat cekodok banyak sikit dan 1 sisir pisang masak, suami bawak untuk kawan-kawan menjamu selera.

Baki yang masak bagi juga pada jiran sebelah rumah. Kat rumah masih berbaki 2 sisir ada yang dah masak dan masih hijau. Yang dah masak tu terpaksalah kita mencenkodok kan dia. Tak tahu dah nak buat apa. Nasib baik jugak dia tak masak sekali harung.

Sehari tu masak sikit sikit. Dapatlah 2-3 kali buat cekodok mana yang dah masak. Dah tu apa lagi nak buat kan. Malas nak buat kek. Lepat pun malas nak buat, mana nak dapat daun pisang pulak. Cekodok je lah paling senang pun.

Cekodok pisang

Bila dah biasa buat cekodok ni, ada jugak kemajuan dapat bentuk cekodok bulat bulat. Betullah bagai dikata, practise make perfect. 

baca juga : resipi cekodok pisang rangup di luar lembut di dalam

Ikut tips kakak, letak sikit soda bikarbonat bagi rangup dan tak melekat. Ye, memang elok tak melekat dan rangup di luar lembut didalam, upgrade sikit dari resipi lama dalam link di atas.

Selagi pisang tak habis, cekodok kan je lah tanpa jemu.

22 comments:

  1. Cekodok ni walaupun nampak senang tapi banyak kerenah. Tapi, cekodok Fiza ni nampak lawo2, tak sesia la buat cekodok banyak kali, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. adunan kena betul. Terima kasih kak. Adalah kemajuannya..hehehe...

      Delete
  2. Betul, paling senang nak buatkan..
    Anak4 akak pun kalau cekodok pisang, laju je depa habiskan compared to kek pisang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat buat dan cepat laku kan. Nak buat kek leceh dan lambat nak tunggu siap. Hehe...

      Delete
  3. Sedap cekodok pisang buat minum petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah wak. Wak mesti selalu mencekodok pisang selain pisang goreng :)

      Delete
  4. Cokodok makan panas-panas, memang layan. Lagi-lagi, buat kopi pulak. Nikmat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan cekodok panas panas memang layan kak Nur. Ada kopi bertambah nikmat :)

      Delete
  5. Betul Fizah, practise make perfect. Dua hari lepas Kak Amie buat cucur udang, tapi sebab dah lama tak menyucur, lain pulak hasil kejadiannya, keras sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jadi kekok bila lama tak buat kan. Skill bila lama tak guna begitulah dia. Asam garam memasak ada kalanya kurang menjadi.

      Delete
  6. cantik kejadian cekodok pisang tu...dah lama juga tak buat..nanti nak beli pisang lah, nak try juga letak baking soda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bolehlah tu, kira sedap mata memandang. Bolehlah membeli dan mencekodok nanti. Cuba tambah sikit soda bikarbonat.

      Delete
  7. Sedap betul nampak cekodok pisangnya... comel-comel... kiut jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap mengikut selera. hihi..buat comel comel senang makan.

      Delete
  8. kalau saya memang takkan jemu dengan cekodok pisang

    ReplyDelete
  9. Saya sukaaaaaa cekodok nih ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tapi sebutannya di sini godok-godok pisang kak ๐Ÿ˜. Samalah tapi penampakan dan rasa ๐Ÿคฃ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel sebutan godok godok tu. Mungkin bahan bahan lebih kurang je kan :)

      Delete
  10. Cantik kejadian cekodok pisang Fizah. Naniey tak berani nak buat cekodok pisang. Takut makan minyak. Rupa pun hancur. Tapi kalau lebihkan tepung tak sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih naniey. Belum cukup cantik lagi tu naniey. kena praktis lagi. Kadang macam tu lah, ada yang terkurang terlebih.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.