Header Ads


Udang Galah Kiriman Mak Dah Selamat DiMasak

Lama tak cerita pasal masak-masak dalam blog ni. Lama tak memasak cerita dia. On off memasak sejak hari terakhir puasa haritu. Kat kampung pun kakak yang masak. Cuma 2 hari je saya masak kat kampung. Sebab kakak pergi rumah kakak (mak pengantin) lagi sorang masa tu, jadi chef sana kejap.

Terpaksalah kita masak sorang kat rumah. Tak kan nak harapkan mak pulak. Mak pun dah tak berdaya dengan jaga abah lagi. Okay taknak cerita pasal tu, buat rasa sedih pulak.

Sebelum pulang ke sarang, mak bagi udang galah 2 ekor. Yang mana balik dapatlah habuan masing-masing. Mak simpan stok untuk masak-masak makan ramai ramai. Dah masing masing balik tak sama waktu, tak memasaklah lauknya.

Sudahnya mak bagi je masing-masing bawak bekalan masing-masing. Tapi yang belum masak lagilah. Kenalah menyiang sendiri.

Saya dua orang, dapatlah 2 ekor. 2 ekor pun dah cukup sorang sekor. Nak banyak mana lagi kan. Cukuplah merasa. Setelah sekian lama tak makan udang galah, ada juga rezeki kali ni. Suka udang galah sungai. Rasanya lebih sedap dan manis isinya.

 Resipi Udang Galah Goreng Berlada

baca juga : resipi udang galah berlada

Malas nak masak lemak cili api, saya gorengkan je dengan garam dan serbuk kunyit. Lepas tu tumis cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk. Masukkan udang goreng tadi. Terbaik! Pedas pedas dan bawang kena lebih. 

8 comments:

  1. Sedapnya. Masak simple je asal tak hilang manis udang tu

    ReplyDelete
  2. Sedap ni. Kalau makan mau jilat jari nanti.

    ReplyDelete
  3. Besornya udang galah. Sedap, buat goreng kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang Galah memang besar dapat kali ni. Sedap masak apa pun sebenarnya. Tapi nak simple goreng kunyit je lah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.