Header Ads


Hari Wesak 2022, Selamat Bercuti

Hari Wesak, Wesak Day 2022 Malaysia jatuh pada hari Ahad 15 Mei 2022. Hari Wesak merupakan cuti umum umum 2022 Malaysia. Cuti Hari Wesak untuk semua negeri kecuali negeri Johor, Kelantan dan Terengganu.

sumber : google

Hari Wesak

Masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan hari kematiannya.
 
Hari Wesak disambut oleh penganut agama Buddha di Malaysia dan seluruh dunia amnya bagi memperingati hari kelahiran, pencapaian kebahagian sebenar (nirvana) serta kematian Siddartha Gautama Buddha. 

Perayaan ini secara tidak formalnya dikenali sebagai “hari kelahiran Buddha.”

Di Malaysia, penganut Buddha akan pergi ke bangunan Persatuan Buddha Malaysia dan beratur untuk membasuh patung Buddha. Ritual ini dipercayai akan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka.

Kemudian mereka akan menyalakan lilin berbentuk bunga teratai dan berdoa. Selepas berdoa, mereka akan makan makanan vegetarian.

Selepas makan, sambutan diakhiri dengan perarakan selama beberapa jam. Semasa perarakan, mereka akan membawa bunga dan lilin.

sumber : rencah

Uniknya Malaysia ada pelbagai perayaan kerana berbilang bangsa, agama, budaya dan etnik.

Selamat bercuti!

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.