Filem Rajawali

Filem Rajawali, filem lakonan Faizal Hussein, Dato' M. Nasir, Siti Saleha, Bil Azali, Wan Hanafi Wan Su dan ramai lagi. Filem Rajawali merupakan filem karya arahan Allahyarham Mamat Khalid bersama S. Amin Shahab yang menggabungkan elemen kehidupan dalam dunia arus teknologi dan ilmu kebatinan.

Filem Rajawali mula ditayangkan pada 21 Mei 2022 di saluran 408 Astro First, Astro Go atau On Demand.

Filem Rajawali Astro First

FILEM RAJAWALI

Tarikh Tayangan : 21 Mei 2022
Siaran TV : Saluran 408 Astro First, Astro Go, Astro On Demand
Penulis Skrip : Mamat Khalid
Pengarah : Mamat Khalid & S. Amin Shahab
Produksi : Muradijaya Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Faizal Hussein sebagai Abang Long
  • Dato M. Nasir sebagai Komang
  • Umarul Mahdzar sebagai Arwin
  • Wan Hanafi Wan Su sebagai Tok Wan
  • Siti Saleha sebagai Maya
  • Razali Hussain sebagai Harun
  • Bil Azali sebagai Shahrul
  • Yaya Maembong sebagai Meena

SINOPSIS RAJAWALI

Sekumpulan penggodam yang diketuai Maya, Harun dan Shahrul berjaya memecah sistem institusi kewangan dan menipu berjuta-juta ringgit dari akaun tidak aktif. Komang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan merekrut dan mengugut mereka agar melengkapkan misteri program komputer yang dipegangnya sekian lama.

Diselamatkan Abang Long yang memiliki pengetahuan luas mengenai Silat, mereka merungkai misteri itu. Seorang programmer yang bernama Arwin (Umarul Mahdzar Embong) telah mencipta ritual pemujaan ilmu hitam melalui sistem pengaturcaraan digital untuk membolehkan dia meningkatkan keampuhan seni mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang dipelajarinya.

Sahabat seperguruannya iaitu Komang (M. Nasir) diamanahkan oleh guru mereka Tok Wan (Wan Hanafi Wan Su) untuk menyelamatkan Arwin. Pertarungan yang berlaku diantara Komang dan Arwin memaksa Abang Long (Faizal Hussein) memikul beban dan tanggungjawab yang diserahkan oleh Tok Wan untuk menghapuskan penaklukan ilmu hitam itu.

Apakah hubungan diantara Abang Long dan Komang sehingga Abang Long sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Komang?

LAGU TEMA (OST) FILEM RAJAWALI

Lagu : Pertama
Penyanyi : Extrimis
Komposer : Iskandar, Ayep
Lirik : Ayep

2 comments:

  1. susah nak hadam sinopsisnya. kena tengok baru faham lah kot. pelakon best-best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam saling berkait macam tu. Kena tengok ni baru boleh faham ceritanya :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.