Telefilem Syurga Nur Muhammad

Syurga Nur Muhammad, telefilem lakonan Puteri Sarah Liyana, Danish Hazriq, Raja Afiq dan ramai lagi bersiaran pada hari Ahad, 22 Mei 2022 jam 9:00 malam di Awesome TV.

Telefilem Syurga Nur Muhammad Awesome TV

TELEFILEM SYURGA NUR MUHAMMAD

Waktu Siaran : Ahad, 22 Mei 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Awesome TV
Idea Asal : Azura Zamri
Penulis skrip : Azura Zamri, Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Jaja Ishak Channel Sdn Bhd

PELAKON SYURGA NUR MUHAMMAD

  • Puteri Sarah Liyana
  • Raja Afiq
  • Danish Hazriq
  • Badrul Muhayat
  • Lan Siro
  • Amin Haridz

SINOPSIS SYURGA NUR MUHAMMAD

Marlia seorang ibu tunggal beranak satu, nekad tinggalkan anak autismenya, Nur Muhammad kepada jirannya Farid kerana mendambakan syurga impian dengan perkahwinan keduanya. Bagi Marlia, Nur Muhammad adalah beban kepadanya.Perkahwinan ke-dua ini yang diharapkan membawa kebahagian, mengundang kecelakaan apabila suami baru lebih mengutamakan anak gadisnya yang sering buat onar. 

Perbalahan berlaku dan akhirnya, dia terpaksa merempat jadi gelandangan. Sehinggalah suatu hari Nur Muhammad dan Farid menemuinya di sebuah lorong. Nur Muhammad dengan seikhlas hati menjaga ibunya yang dulu pernah membuangnya. Marlia kini sedar bahawa syurga kebahagiaannya ialah bersama Nur Muhammad, anaknya.


8 comments:

  1. Sanggup tinggal anak sebab ingin berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergamak betul ibunya kan. Dahlah anaknya autisme.

      Delete
  2. Adakah kisah ni pernah wujud dalam dunia realiti... Sobbbss... Ujian buat ibunya...

    ReplyDelete
  3. Tengok dah nak habis dah telefilem ni. Nak kena cari kat YT kalau ada. Sedih kisahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah mencari cerita tu nanti. Cari jugak kat website awesome tv tapi tak ada pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.