Header Ads


Ber KOFFIE Jalan Mentol

Lepas bergambar dengan pengantin terus cau cin cau gerak balik. Ehhh teringin minum kopi pulak. Ajak anak buah ber "KOFFIE" Jalan Mentol sebelum dia gerak balik Selangor dan kami gerak balik Negeri Sembilan.

Angkut satu kereta abang satu keluarga. Sorang anak abang tak cukup korum sebab si kakak tu terus balik Selangor sebab suaminya kerja. Sampai di KOFFIE Jalan Mentol, tak ada meja dan kerusi kat luar. Anak-anak buah request nak meja dan kerusi sebab nak lepak kat luar.

Permintaan diterima. Rupanya dorang letak kerusi meja tu jam 5:00 petang bila redup sikit. Panas-panas siapa je nak duduk lepak kat luar kan. Petang petang tu ada jugak angin sepoi sepoi bahasa.

Encik suami order caramel macchiato dan KOFFIE Shakerato. Tapi ambil gambar satu je lah. Yang lain dah minum dulu.

Caramel Macchiato KOFFIE Jalan Mentol

Rasa caramel macchiato yang tak pernah mengecewakan. Semalamnya pun lepas majlis nikah, kami ber KOFFIE jugak. Tapi beli satu je lah buat lepas teringin. Bukan selalu balik Segamat pun. Kalau dah balik, kenalah menyinggah. 

Caramel Macchiato KOFFIE Jalan Mentol
Anuar Zain Vs Akim Ahmad


Maka dapatlah lepak sebentar. Bila lagi nak lepak borak. Dah masing masing sampai lambat lepas tu nak terus balik. Bila dah besar masing masing kerja memang tak dapat lah nak balik kampung lama-lama.

Borak borak pasal kopi, pasal bahasa jepun sebab anak anak buah ambil kelas bahasa jepun online. Abahnya pun dulu kerja Panasonic dan pergi Jepun, ucu ni pun ambil bahasa Jepun dulu. So macam-macam lah bahasa Jepun keluar.

Dah habis topik nak diborakkan, barulah beredar balik rumah mak. Solat zohor lepas tu baru gerak balik ke rumah masing-masing. Cepatnya masa berlalu...

Next majlis, salah sorang dari mereka...

6 comments:

  1. Sesekali lepak kan...harus la di gunakan masa tu sebaiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada peluang, dapatlah melepak walaupun sekejap :)

      Delete
  2. hahahah anuar zain vs akim ahmad...

    ReplyDelete
  3. Seronok mengopi ramai-ramai. Borak dengan orang lagi muda ni best gak, boleh tau isu terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bersembang ramai ramai. Macam macam topik keluar.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.