Responsive Ad Slot

Slider

8 Syawal, Istana Lama Seri Menanti

istana seri menanti sejarah seni bina istana seri menanti muzium istana seri menanti gambar istana seri menanti istana seri menanti opening hours
Ikutkan balik dari Segamat nak singgah Kuala Pilah, mak suruh ambil pisang. Tapi kalau dah jalan Kuala Pilah sampai ke Bukit Putus jem, kita ikut jalan lain tak dapatlah singgah. Jadi, balik Kuala Pilah 8 Syawal.

Sebelum singgah rumah, jalan jalan ambil gambar di Istana Lama Seri Menanti. Bukan datang beraya ye. Siapa pulak nak melayan. Dah sampai baca notis kat situ Isnin tutup. Maksudnya tak boleh masuk dalam istana tapi boleh je bergambar kat sekitar istana.

Takpelah, bergambar pun bergambar lah. Dah penat penat datang takkan nak balik gitu je. Kali terakhir datang Istana Seri Menanti atau Istana Lama ni masa photoshoot majlis resepsi sebelah lelaki dulu tahun 2013. Walaupun biasa je lalu Seri Menanti tapi tak singgah masuk.

Ini kalilah saja datang merayau jalan-jalan. Bila lagi nak datang kan. Mungkin akan datang lagi sebab teringin nak masuk dalam istana tu sebenarnya. 

Istana masih terjaga cantik cuma pagar dan landskap agak menyedihkan. Pagar kalau cat semula mesti lagi berseri cantik. Landskap kalau tambah banyak tumbuhan mesti lagi cantik. Mungkin kekurangan modal agaknya. Yelah masuk percuma je, mana nak datang modalnya kan.

Tapi nak masuk istana kena bayar lah kot. Kalau masuk jalan jalan sekitar istana percuma je lah. Parkir pun percuma. Masa kami sampai tak ada orang pun. Cuma ada 2 orang pak guard dan pekerja lain sembang menyembang. 

Kami apalagi, kecekak ! kecekak ! kecekak ! ambil gambar dengan tenang. Buat macam rumah sendiri. Senang hati tak ada orang lain dalam gambar. Dah banyak ambil gambar baru ada 2-3 family datang. Tapi kejap je lah. Mungkin mereka kecewa sebab tak dapat masuk dalam istana kot. 

Itulah motif utama kalau nak datang sini kan, mesti nak masuk tengok kat dalam. Tapi kami ambil peluang jugak bergambar kat luar. Tak naklah pulang tanpa membawa kenangan. Bila tak ramai orang, tak payah pakai mask. Senang hati bernafas pun.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Jalan depan sikit, ambil gambar  Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan dekat sikit lagi.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Okay, tuan blog posing sorang kejap test kedudukan center ke tidak. Kena center baru cantik.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Dah elok tengah, baru berdua lebih baik. Tapi tak center jugak. Alah, dak tripod ambilkan mana nak tahu center ke tidak. Adjust dah elok, tapi tetap tak center. Kira lulus lah ni. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Nasib baik bawa tripod dan bluetooth remote. Senang nak ambil gambar kami berdua tanpa penat. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Bahagian tingkat atas Istana Seri Menanti. Katanya tingkat atas ni tak dibenarkan naik. Tak pasti betul ke tidak. Ada yang tahu?

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

SEJARAH PENUBUHAN ISTANA SERI MENANTI

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. 

Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. 

Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. 

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. 

Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. 

Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 

Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

BALAI RONG SERI

Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal. Ianya juga terdapat 7 mata tangga. 

Di mata pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat duduk Dato' Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk Pegawai Penghulu Luak.

Di tangga yang ketujuh ianya dikosongkan. Dibahagian bawah sekali adalah tempat orang-orang mengadap seperti Penghulu Luak yang Empat iaitu  Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir juga ahli-ahli Lembaga, ahli mengadap yang lain ialah lapan belas orang disebelah kiri dan dan dibahagian kanan seramai lapan belas orang. 

Pengapit bagi Tuanku adalah Dato' Gajah manakala Dato' Mangku adalah pengapit bagi Tuanku Ampuan. Di ruangan ini perhiasan dinding pula terdapat gambar-gambar berkaitan kerabat Istana.

BALAI RAJA MUDA

Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan. di bahagian dinding terdapar gambar-gambar berkaitan.

BILIK BERADU

Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Dibilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan(solek) juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.

RUANG SANTAPAN

Terdapat satu unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat dua buah almari di mana di sini (almari) disimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan. 

Di bahagian belakang ruangan ini terdapat jalan untuk pergi kebelakang dapur. Di sebelah kanan terdapat satu rak setinggi tiga tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti gambar-gambar dan sebagainya.

sumber dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Dah puas bergambar di depan, bergerak ke belakang pula. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Saya sajikan dengan gambar-gambar yang ada. Nak cerita lanjut macam tak berapa nak tahu sangat.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan
beduk


Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Tak boleh nak naik atas kereta kuda ni. Nak sentuh pun tak dibaginya. Ada nota di situ jangan sentuh. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Selain terpersona dengan seni bina Istana Seri Menanti, terkagum juga dengan seni bina Rumah Tradisional Tukang Kahar ni. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan-Rumah Tradisional Tukang Kahar

Rugi kalau tak bergambar kat sini. Tak boleh masuk, dimangga siap. Kita bergambar kat tangga je lah ye. Seronok kemain ye tuan blog.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Sekali lagi bergambar berdua pula. Ehh macam sempit pulak tangga tu..Tak muat pulak. Adeh! Maknanya apa? Kena mengurus lah lepas ni.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Dari sudut pandangan lain Rumah Tradisional Tukang Kahar. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan


Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan
dari pandangan sisi

Ada pulak buaian kat situ. Kita pun duduk lah kejap bergambar. Nak berbuai menyanyi nak kahwin dengan anak raja tak sampai hati pulak. Kang putus pulak tali tu. wkwkwkwk. Kena sedar diri. 

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan


Dipersilakan baca kalau nak tahu tentang Rumah Tradisional Tukang Kahar

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Selain susunan papan yang menarik, tertarik dengan motif ukiran tiang rumah ni. Kerja tangan yang berseni dan kemas.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Rumah orang dulu dulu mesti ada tempayan kat tepi tangga luar rumah. Sebelum masuk rumah kena basuh kaki dulu katanya.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Berdekatan dengan Rumah Tradisional Tukang Kahar, terletak tempat bersiram.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan


Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Istana Seri Menanti opening hours (waktu operasi)

Selasa - Ahad : 9:00 pagi- 5:00 petang
Isnin : Tutup

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Tarikan dan Aktiviti Menarik di Istana Seri Menanti

  • Souvenir & Premium gifts
  • Museum cafe
  • Permainan tradisional
  • Sewaan busana
  • Kereta kuda dan joyride
Contact : 013-3732777

Nampak menarik aktiviti yang ada, nampaknya kena datang lagi ni. Boleh naik kereta kuda atau sewa busana tradisional kan.

Sebelum gerak balik, bergambar dulu di lokasi terpaling depan istana. Warna baju raya kami ikut tema warna bendera Negeri Sembilan, kuning dan hitam. Warna merah je tak ada.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Sempat ambil signboard dari dalam kereta je. Pastikan masuk ikut anak panah tu ye.

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan

Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan
pintu gerbang sebelum masuk istana


Biasa ikut jalan sini kalau jem kat Tanjung Ipoh, Ulu Bendul dan Bukit Putus. Tapi itulah, tiap kali lalu tak rasa nak singgah masuk Istana Seri Menanti ni. Biasanya macam tu lah, bila dah dekat nak sampai tu lambat.

Masa kami pergi ni pun cuaca tak panas sangat, mendung je. Kalau langit cerah mesti lagi cantik nampak awan putih langit biru.


2
( Hide )
  1. Wah,menarik la istana ni.Saya belum pernah sampai ke sini.
    Teringat zaman sekolah tahun 80-an..Istana Seri Menanti dan Istana Sultan Mansur Shah memang ada gambar.Masa tu berangan nak jejak kaki ke istana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah datang singgah sini mama Cella, tapi pergi hari yang bukak lah boleh masuk dalam istana

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu