Header Ads


Makan Masakan Lemak Cili Api Nismilan Di De Rimbun Seri Menanti Kuala Pilah

Balik dari bergambar sakan di Istana Seri Menanti, perut pun lapar meminta makanan. Cakap kat encik suami, berhenti lah mana mana kedai yang buka. Lepas raya ni banyak kedai tutup. Masing-masing pakat cuti raya lama agaknya.

Nampak ada satu kedai makan tepi jalan buka. Kedai makan kampung yang belakangnya ada rumah tuan kedai mungkin. Nama kedai De Rimbun terletak di Kampung Tengah Seri Menanti. Bila google, kedai ni popular rupanya dengan masakan lemak cili api Negeri Sembilan.

Kedai ni pun pernah jadi lokasi beberapa penggambaran tak silap. Pernah nampak dalam Telefilem 44 hari Bangkitnya pocong.

Masa kami sampai dah pukul 2:00 petang macam tu. Lauk pauk pun tak banyak pilihan sangat yang tinggal. Saya ambil nasi 2 senduk, sayur kubis dan daging salai masak lemak cili api. Encik suami ambil nasi 2 senduk jugak, sambal tempoyak daun kayu dan ayam masak lemak cili api.

Kedai Makan Masakan Lemak Cili Api Nismilan di De' Rimbun

Dengan 2 gelas air teh o ais, total RM26. Tak boleh nak expect murah sebab masakan daging salai memang mahal even ambil sikit je. Harga daging mental mahal dan proses nak menyalai tu lagi kan. Faham lah. 

Lepas tu sambal tempoyak daun kayu pun, tempoyak dan daun daun kayu rare susah nak dapat memang mahal cerita dia.

Ye, walaupun kedai kampung tapi harga bandar gitu. Kiranya sorang makan RM13 lah. Zaman sekarang makanan serba mahal dan faham sebab rare. Itu yang mahalnya. 

Rasa dia macamana pulak? Bagi encik suami yang originality nya orang Nismilan katanya kuahnya kurang pekat. Rasa pedas tu dah okay dah. Tak pedas sangat tapi terasa jugaklah pedas tu. 

Bagi saya, okay je sebab perut dah lapar. Apa yang ada depan mata kita makan je. Asalkan apa yang kita makan tu ita suka.

Kalau nak rasa masakan lemak cili api Negeri Sembilan bolehlah singgah sini. Selain daging salai masak lemak cili api dan ayam masak lemak cili api, ada juga daging masak lemak cili api serta masakan lemak cili api yang lain.

De Rimbun

Kampung Tengah, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan

14 comments:

  1. Agaknya berapa biji kelapa yg mereka gunakan utk hari2 berjualan masakan masak lemak ya? Nampaknya kelapa memang laku keras di Nismilan ni, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...mesti banyak guna kelapa hari hari nak masak lemak ni. Tak boleh sikit sikit nanti kuah cair. Laku keras tu dah tentu :)

      Delete
  2. Leh tahan juga mahal dia ya tp daging salai ni mmg mahal skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugak kan mahalnya..Semua serba sikit je. Mungkin dia kira sikit ke banyak harga tetap sama. yang salai salai memang mahal sikit.

      Delete
  3. Itu lah. Secoit macam tu. Kadang kedai main letak harga mahal tak kena dengan menu. Bila tak ramai orang, kata kita tak support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least kira ikut jumlah banyaknya okay lagi lah kan. Orang berniaga, macam macam sistem kiraan ada.

      Delete
  4. Replies
    1. Camtu ye harga standard. Tahu mahal tapi tak sure harga standardnya sebab jarang makan kat kedai yang salai salai ni.

      Delete
  5. Akak suka masak lemak daging salai. Dia punya bau smoky dan rasa dia. Takpe mahal pun. Sebab nak buat sendiri, memang tak la.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau smoky tu yang sedap tu. Itulah tu, sedia maklum tahu mahal. Sesekali teringin tu bolehlah kan.

      Delete
  6. telan ailio saya..saya mmg suka masakan nismilan kak walaupun saya org kedah sbb dlu belajar dkt alor gajah..sempadan ja dengan nismilan...rinduuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan Nismilan sedap sedap kalau penggemar pedas. Nanti ada masa bolehlah singgah kedai ni :)

      Delete
  7. ssah nak jumpa kedai jual murah macam ni sekarang..:)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.