Header Ads


Ayam Gunting Alis Fried Chicken

Ya ampunnn...Lamanya bercuti update blog dan blogwalking. Kecelaruan jiwa, hati tak tenang setenang tenang air tenang jangan disangka tak ada buaya. Ehh..itu dah lain dah.

Suka makan ayam gunting? Sejak PKP dan pasar malam berdekatan rumah pun macam tak wujud sekarang ni, agak susah nak jumpa ayam gunting kegemaran rakyat Malaysia.

Satu hari tu encik suami nak pergi 7 Eleven, park betul betul dekat dengan food truck. Nampak banner macam ada jual sosej, ayam goreng dan sotong goreng. Rupanya ayam gunting, sotong gunting dan sosej gunting.

Semuanya sama digoreng kemudian digunting dan ditaburkan dengan rempah pedas atau asli tanpa rempah. Selain makanan bergoreng bergunting, ada juga jual minuman. Mula mula beli dulu tak silap RM7-8 macam tu.

Paling terbaru beli dah naik harga RM10. Cepat betul naik harga. Almaklumlah, ayam out of stock sekarang ni. Rancak betul jualan ayam sampai ayam KFC pun dah susah nak dapat selain saiz ayam yang mengecil.

Sejak beli haritu, dah beberapa kali repeat beli ayam gunting Alis Fried Chicken ni. Puas hati dengan porsi ayam gunting yang banyak. Ayam saiz besar barangkali. Isi ayam cukup masak dan luaran dia rangup. 

Cukup rasa dan cukup rasa pedas rempahnya. Menang membeli dan kualiti setanding harga lah kiranya. Sebelum ni tak ambil tahu pulak nama kedai ayam gunting ni. Raya ni dapatlah bungkusan beg kertas special sikit sempena raya, baru lah tahu nama kedainya, Alis Fried Chicken.

Ayam Gunting Alis Fried Chicken

Alis Fried Chicken @ Ali's Fried Chicken pun tak pasti. Keliru pulak sebab bila google, ada jumpa ali fried chicken franchise dan ayam gunting ali fried chicken. Ali Fried Chicken ni dah wujud lama rupanya. 

Ali Fried Chicken juga ada kongsikan cara memulakan perniagaan ayam gunting untuk mereka yang berminat. Menarik buat bisnes ayam gunting ni. Tapi risikonya kalau stok ayam berkurang macam sekarang. Nak tak nak peniaga terpaksa juga naikkan harga sebab harga modal pun meningkat.

Ayam Gunting Alis Fried Chicken

Untuk orang Seremban bolehlah membeli Alis Fried Chicken di Seberang jalan depan 7Eleven, seberang Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.

Tak pasti waktu operasinya. Pernah beli petang dan malam pukul 9 lebih masih buka. Puas hati beli sebab banyak sikit dan menepati selera. Even naik harga pun masih puas hati lah. Jangan benda mahal tapi tak sedap.


36 comments:

  1. Tiba-tiba teringin pula ayam gunting hahahaha :)

    ReplyDelete
  2. RM10 tu dah masuk kategori mahal. Tapi kalau rasa sedap, berbaloi lah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, baru naik harga tetiba nak beli baru ni. Bila teringin je la baru membeli cerita dia kan.

      Delete
  3. mesti kena betul dengan selera tu kan hehe

    ReplyDelete
  4. suka jg ayam gunting pedas & sotong gunting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak dua dua tapi sotong tu kalau ada bajet lebih baru beli. Mahal ya ampunnn...sebab sotong besar tu kan.

      Delete
  5. Biasa ada pasang surut mood berblog dan blogwalking.
    Betul asal sedap dan kuantiti berpatutan.
    Hehe nasib baik tidak terjebak dengan ayam gunting mungkin sebab belum jumpa yang sedap di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang mengalaminya sekarang.Mungkin raya ni agak lemau sikit nak update. Makanan sedap memang akan buat orang repeat, tapi bila dah naik harga beli bila teringin nak makan je lah. Kena cari branch kat sana kalau ada.

      Delete
  6. Pernah beli sotong gunting dia...beat jugak...nampak entry ni terus rasa nak beli...adeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah beli ayam, sotong dan sosej. Semua puas hati sedap. kot terlalu depan tu boleh singgah beli kak :)

      Delete
  7. Anak akak suka benor makan ayam gunting ni. :)

    ReplyDelete
  8. febret ayam gunting! sebelum puasa sllu jgk beli.. ni lps raya xjmpa lg ayam gunting.. mcm nk kena beli jgk ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tokey kedai masih bercuti raya lagi tu agaknya :)

      Delete
  9. Ayam memang mahaiii... Carik ayam KFC semalam... habisss wooo...Mujurlah akak beli mahal tapi sedap..... Masih rasa berbaloi.... Sesekali kan... saya pulak.. suka beli sosej gunting tu... Kalau siap cheese tu memang favourite.... Berlemak lemakk wooo...

    Psst: Nampak nau tu serabut.. siap berpantun.. Moga tenang jiwa akak... Amin! Mood sayaa ni ada kelaut gak.. adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah mahal sesekali je lah kita beli. Yang ni tak ada cheese pun dah sedap.

      Aamin...terima kasih nona doakan. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan.

      Delete
  10. kakmim dh lama x ke pasar malam... rindu nk jjcm ke pasar malam... x larat nk q masuk ke pasar mlm sini... panjang sgt masa perlu ikut sop dlu... xtau pulak skrg mcm mana dah... dgr ceta ayam akn kurang stok... mst susah org yg berniaga produk based on ayam ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar Malam berdekatan kat rumah ni dah tak wujud dah. Lepas tu pasar tani pun sendu tak ramai penjual dah. Effect dari PKP. Itulah tu, kena ikut SOP semua. Mungkin ramai peniaga jual online je lebih mudah untuk dorang sebab berniaga bukak gerai ni banyak SOPnya. Ada dengar juga berita tu, kesian mereka yang berniaga melibatkan ayam ni. Jenuh nak fikir mana nak cari ayam.

      Delete
  11. Memang ank2 feberet ni
    atam gunting. Biasa beli yg uncle bob kat pasar mlm. Baru ni beli dah jd harga rm9 he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang fav anak anak ni kan. Pernah nampak juga ayam gunting uncle bob tapi tak pernah cuba lagi. Nampaknya sekarang naik harga RM9-RM10 macam tu kan.

      Delete
  12. Belum pernah try beli ayam gunting walaupun selalu nampak gerai jualannya. Rupanya ada taburan rempah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, ada taburan rempahnya selepas digunting tu. Nanti bolehlah cuba :)

      Delete
  13. kite ni x kisah nk berbelanja kalau sedap dan banyak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cuma itulah bila dah naik harga akan jaranglah membelinya.

      Delete
  14. suka ayam gunting..tapi kalo nak order, mesti pesan kat penjualnya dulu, "tak nak pedas ya" hahahahha

    ReplyDelete
  15. lama tak makan ayam gunting. terliur tengok gambar tu. manalah ayam-ayam semua menyorok. dah lari macam filem Chicken Run tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa cepat cepat beli Sal. Sekarang susah dah nak makan ayam. Entahlah kan, entah mana tersorok.

      Delete
  16. Anak-anak suka beli ayam gunting. Kita tumpang semulut saja, cukuplah sekadar merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak budak memang suka ayam gunting ni. Hehe..faham maksud kak Amie tu :)

      Delete
  17. kyra cukup suka ayam gunting..dengan kulit2 dia makan. cuba kalau ammi yg goreng, gigih dia buang kulit.

    aahkan..pasar malam kat rumah ammi ni pun hidup segan mati takmau. ada 3-4 peniaga je yg meniaga skrg ni. pastu masing-masing masih duduk ditapak masing-masing. macam rongak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya yang ayam gunting jual tu rangup lagi dan sedap kot. Kadang saya pun macam tu. Kalau diri sendiri goreng, kulit buang siap siap sebelum goreng. Tapi ayam gunting, ada kulit boleh pulak makan. Tapi sikit je lah..hehehe

      Masing masing dah mula berniaga online agaknya lebih mudah tak perlu bukak tapak. itu yang ada tapak rongak² tu kot.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.