Drama Lockdown 2

Lockdown 2, sequel drama Lockdown berkisahkan kisah benar dari situasi yang berlaku ketika Lockdown di Malaysia. Menampilkan barisan pelakon pelakon terkenal tanahair Janna Nick, Rozita Che Wan, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

Drama bersiri Lockdown 2 episod 1 mula bersiaran pada 6 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria. Juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO.

tonton lockdown 2 astro ria full episode

DRAMA LOCKDOWN 2

Mula siaran : 6 Jun 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go
Penulis skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Izuan Mokhtar & Ain Sharif
Produksi : u2media Sdn Bhd

PELAKON LOCKDOWN 2

Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Iqram Dinzly, Fify Afrina, Zulaika Zary, Nabila Razali, Syed Iqmal, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sabhi Sadhi, Natasha Elyzza, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Mimi Ernida, Amerul Affendi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida, Uyaina Arshad

SINOPSIS LOCKDOWN 2

Kisah kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.

Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. 

Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. 

Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.