Virus Burung Ungu Hangguk Kepala Menggila di Facebook


Sejak semalam semakin tular menular virus burung ungu hangguk kepala di dinding facebook. Scroll scroll burung ungu head banging ni juga yang muncul. Entah dari mana datangnya trending burung ungu yang menggila di facebook sejak semalam sampailah ke hari ni. Yang jadi trending tu sebab gaya burung ungu hangguk kepala laju-laju tu membuatkan ramai yang nak gunakan sticker burung tersebut.

Macam biasalah, bila sorang guna dan sorang lagi guna dan ramai lagi yang akan guna. Maka, jadilah virus tular di facebook masing-masing. Sekali nampak sticker burung ungu ni mesti korang akan dan mungkin akan terjebak nak gunakan sticker burung ungu ni. Pada Fiza, comel karakter gaya burung ungu ni. Yang belum terjebak tu maknanya tak berminat. Setiap orang ada kesukaan masing-masing. 

Trash Dove

Burung ungu itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari. Namun Trash Dove hanya mulai viral apabila ia dipopularkan oleh satu video di Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun, video kartun burung ungu dan seekor kucing itu boleh menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa kerana boleh dikategorikan untuk orang dewasa. Pencipta set stiker itu mengakui terkejut dengan fenomena yang tercetus dari stikernya. "Ianya bermula di Thailand, sebenarnya mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)" kata Weiler. Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand? Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan seseorang yang bujang tanpa harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas. Namun, ada juga berpendapat burung itu hanya sekadar sedang melayan lagu 'Trash Metal'. Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet.-Kredit : Siakapkeli
Jadi, faham dah ceritanya macamana tentang burung ungu ni. Tiba-tiba pulak sticker burung ungu ni jugak yang jadi trending padahal sticker lain pun comel-comel jugak. Dalam banyak-banyak karakter gaya burung ungu, yang paling trending tu dah tentulah yang hangguk kepala tu. Gaya lain pun akan mula tular selepas ini. Mungkin?

Kredit image: siakapkeli
Setakat ni belum terjebak dan mungkin akan terjebak sama. Dah siap download, tunggu masa yang sesuai je untuk gunakan sticker trash dove ni. Selagi virus trash dove ni tak berbahaya boleh je diguna pakai.


7 comments:

  1. Tak terjebak lagi. Saya ketinggalan sikit bab2 macamni. :P

    ReplyDelete
  2. Tak terjebak lagi... dan tak terasa terganggu pun bila depa menyentil kat komen.. hahahaha...
    Selain trash dove, yang jalan melepek malas tu pun popular jugak 😄😄

    ReplyDelete
  3. nampaknya akak ketinggalan, patutlah tengok dekat fb ramai guna burung ni tapi taktahu sebab apa

    ReplyDelete
  4. aku tak minat ar dengan benda benda cam ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.