Satu lagi blog yang diperam lama dari tahun lepas lagi kalau tak silap ni, design blog Pro Kas Original Malaysia. Disebabkan tuan blog belum siapkan fanpage, jadi yang tak siap cuma nak letak button like je kat blog ni. Yang lain untuk design dah siap sempurna sebenarnya. Button like tu nanti just add on je la kemudian bila fanpage dah siap.
Tema warna yang dipilih adalah warna ungu, biru dan merah hati. Bila client mintak warna-warna tu Fiza agak blur sebenarnya sebab kombinasi setiap warna tu agak kontra kan. Terpaksalah Fiza gunakan warna-warna tersebut pada bahagian yang sesuai. Warna ungu Fiza gunakan pada menu bar atas sekali tu. Warna biru sebagai background untuk lebih mesra mata memandang. Kalau letak merah hati terang sangat pulak kan. Jadi, warna merah hati tu guna dalam bahagian tajuk post entri dan tajuk di sidebar dan juga header blog.
Untuk bahagian header tu Fiza masukkan apa yang client nak letakkan dalam design header. Simple dan lengkap maklumat di situ. Alhamdulillah memang mudah berurusan dengan client yang sorang ni. Dah banyak design blog dia Fiza buatkan tetap tak banyak karenah. Nak ubah apapun takde masalah. Itu yang seronok buat kerja bila berurusan dengan mereka yang memudahkan kerja kita juga. Alhamdulillah.
Prokas itu apa? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Prokas Original Malaysia ni, jangan lupa singgah blog Prokas Original Malaysia. Link Fiza sertakan di bawah sekali ni. Bolehlah korang tengok full view blog prokas yang Fiza dah siapkan ni sekali. Lepas tu bolehlah follow blog tersebut kalau nak. Untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi tu haruslah singgah untuk baca maklumat yang menarik untuk memulihkan sakit sendi tu. Ataupun mak ayah atuk nenek yang mempunyai masalah sakit lutut dan sendi boleh juga gunakan prokas untuk melegakan sakit-sakit sendi. sapu sapu dah lega sakitnya. Bolehlah beli dan berikan hadiah untuk mereka.
www.pro-kas-malaysia.blogspot.my
tetap cantik dan kemas kalau fiza yang design..
ReplyDeleteahh simple & nice to see =D
ReplyDelete