Pouch Comel Exclusive Dari Blogger Mya Farisha

Thursday, February 02, 2017

Selepas lama tak menang mana-mana contest, akhirnya ada rezeki juga menjadi salah seorang pemenang new year giveaway by MF. Alhamdulillah. Permulaan yang baik ni untuk lebih rajin sertai contest ataupun giveaway lepas ni. Mana tahu kerajinan dan usaha membuahkan hasil. Menang atau tidak tu rezeki masing-masing. Kalau takde rezeki, maksudnya ada lah rezeki lain untuk kita.

Jangan nak cepat give up atau salahkan penganjur contest/giveaway walaupun ada kadang-kadang tu nampak tak adil dalam pemilihan pemenang, anggap je bukan rezeki kita.  Dari pengalaman Fiza sendiri, memang banyak sertai contest tapi jumlah kalah tu lebih banyak dari menang. Kecewa tu memanglah tapi masih sertai jugak kalau ada contest/giveaway yang mana mampu nak buat dan sempat. Ala, bukan berbayar pun kan. Kalau menang tu kira rezeki kita lah.

Sebenarnya teruja dapat hadiah pouch comel exclusive dari blogger Mya Farisha ni. Siap ada handwriting bertulis azhafizah.com. Itu yang buat teruja lebih. Cantik tulisan blogger Mya Farisha ni. Nampak sangat orangnya kreatif dan tulisan cantik. Puji ikhlas ni ye bukan puji bodek.


Dengan adanya pouch comel ni boleh buat barang make up untuk travel. Walaupun dah ada pouch make up, dah ada yang baru ni boleh asingkan mana yang patut. Kalau nak gunakan untuk bekas pencil macam tak sesuai dah untuk Fiza. Fiza bukan study lagi pun kan. Jadi, kita gunakan untuk tujuan yang lain pun boleh.


Bukan setakat comel tapi limited edition dan juga ada value dari hasil jahitan tangan ni. Dok belek-belek pouch ni baru perasan jahitan tangan rupanya, termasuklah jahitan zip tu. Wahh..seronoknya kalau pandai menjahit ni, macam-macam boleh buat. Itu kalau rajinlah. Sedangkan mesin jahit ada pun jarang nak rajin menjahit, inikan jahit guna tangan je. Nampak sangat kena tunggu rajin datang baru menjadi kerja dan nampak hasilnya. Kann... Apapun Terima kasih blogger Mya Farisha untuk hadiah yang istimewa ni. Super duper happy dengan hadiah pouch comel ni. Semoga murah rezeki awak. Aamin...


7 comments

  1. Cantiknya pouch tue.. Tahniah kak.. =) Alhamdulillah, rezeki akhirnya berpihak pada akak..

    ReplyDelete
  2. tahniah! kadang-kadang join GA ni nak support penganjur je sambil-sambil eratkan silaturrahim. menang tu rezeki

    ReplyDelete
  3. wow. sungguh best. sebab siap ada nama.
    rare ni :)
    bertuah fiza.

    ReplyDelete
  4. tinggi nilainya pada yang menerima tu fiza...jahitan tangan lagi...lebih berseni

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah & thniah =D
    series cntik & kreatif hadiah GA tu =)
    Ju bru bksempatan BW ari ni =D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.