Painting Potret Gambar Penuh

Sunday, February 12, 2017


Selamat pagi ahad! Semalam blog sunyi tak berupdate sebarang entri. Tak sempat kot nak schedule entri blog sejak akhir-akhir ni. Mana pergi entah semangat yang berkobar-kobar nak rajin update entri tu. Inilah jadinya bila mood dah mereput takde idea. Kesian kat diri sendiri.

Mereput hadap desktop menyiapkan kerja design yang tengah beratur menunggu giliran. Target sebelum cuti panjang sikit nak menyiapkan kerja-kerja design yang ada. Kalau perasan, agak lama juga Fiza tak buat painting potret kan. Sebab takde tempahan. Jadi, takde la buat. Kalau buat suka-suka pun bila ada masa terluang je. Kena tengok mood juga. Kalau takde mood, confirm buat kerja separuh jalan. Lepas tu nak siapkan entah bila. Teruk betul perangai kan. Tapi itulah hakikatnya kerja macam Fiza.

Pertama kali Fiza ambil tempahan painting potret untuk gambar penuh. Fuhhh..sangat-sangat mencabar. Ambil masa 2 hari Fiza menyiapkan gambar penuh ni. Biasanya Fiza akan ambil painting potret dari kepala sampai ke bahu je. Disebabkan client nak gambar penuh, so dengan kesabaran dan kegigihan yang ada Fiza berjaya siapkan painting potret ni. Alhamdulillah...berjaya siapkan dengan sempurna.



Untuk painting poteret gambar penuh ni Fiza buat layer by layer baru nampak kesan painting tu. Kalau tak, memang nampak macam biasa je sebab gambar besar kurang nampak kesan painting nya. Kena zoom in kalau nak tengok kesan painting tu. Apapun bangga dengan diri sendiri sebab berjaya siapkan kerja yang mencabar ni. Jenuh juga nak zoom in zoom out setiap bahagian tu untuk nampak lebih details.

Sebab tu kalau nak buat painting potret, Fiza sarankan client bagi gambar yang jelas dan high pixel supaya hasilnya nampak cantik juga. Kalau bagi gambar blur, nanti tak cantik buat rugi je bayar kan. Jadi, untuk kepuasan client Fiza amat menitik beratkan soal gambar yang jelas dan terbaik. Client puas hati dan kerja Fiza pun lagi mudah. Yelah, lama menghadap gambar yang tak jelas boleh buat mata sakit nak focus pada line setiap bahagian dalam gambar. Apepun terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Lega dah siap kerja yang agak tough ni.


6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.