Daging Rusa Black Pepper

Thursday, February 02, 2017

Opsss..ampun kalau pagi-pagi dah jamu mata dengan menu daging rusa black pepper ni. Kalau ada yang terliur harap maafkan tuan blog ni ye. Menu untuk lunch semalam tapi tak basi pun nak up dalam entri untuk hari ni kan. Fiza dan encik suami bukanlah penggemar daging. Makan daging pun kalau takde pilihan lauk lain. Contohnya kalau pergi kenduri kalau hanya ada hidangan lauk daging je yang tinggal, memang takde pilihan kan selain terpaksa makan. 

Tapi kalau daging kambing, sanggup tak makan terus. Dah nama pun tak makan, jadi janganlah dipersoalkan kenapa tak makan. Mungkin sebab pemikiran Fiza pada kambing yang tak mandi tu sangat menebal. Jadi, mungkin otak Fiza rasa macam tak sanggup nak makan. Gitulah kot. Masing-masing punya sebab mereka sendiri kenapa tak sesuatu benda tu kan. Jadi, tak payah nak kecam sangat.

Bila dah tak makan daging tu, memang tak pernah ade stok daging kecuali kalau daging korban pemberian orang sedekah tu. Stok daging rusa yang ada ni pun, lebih dari kenduri hujung tahun lepas. Abang Fiza beli stok kononnya nak masak untuk kenduri. Tapi tak cukup. Masak daging kijang je. Daging rusa bahagi-bahagi adik beradik je merasa. 

Punyalah lama stok daging rusa ni. Hari ni baru ada kekuatan nak masak. Nasiblah daging ni Fiza dah potong nipis siap² sebelum simpan dalam peti ais. Kalau tak, agak jenuh nak tunggu daging tu lembut. Nanti bertambah rasa malas nak masak daging. Satu yang Fiza tak suka nak masak daging sebab agak leceh. Sebab tu juga kurang makan daging. Tak pandai betul nak masak daging jadi lembut.

Bila daging rusa dah siap potong nipis. Sebelum masak Fiza ketuk-ketuk sikit dengan lesung batu bagi lagi nipis dan cepat masak. Lepas tu basuh dan rebus. Fiza rebus sekejap je takut jadi liat sangat. Nanti tak juicy pulak kan. Dah rebus, angkat dan toskan.

Lepas tu Fiza gaulkan daging dengan garam sikit dan serbuk kunyit. Haaa..ini cara pelik tak pernah dibuat orang. Patutnya letak garam dan serbuk kunyit masa daging mentah. Lantak lah janji boleh makan. Dah elok daging tu sebati dengan garam dan serbuk kunyit, Panaskan minyak sikit dan goreng daging tadi. Agak-agak daging dah masak sikit terus masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api.

Fiza plan nak masak kicap sebenarnya tapi tiba-tiba rasa nak makan daging black pepper. Fiza terus je masukkan black pepper dan tambah capsicum hijau merah nak bagi nampak menarik. Last sekali baru letak kicap. Tunggu daging masak sikit dan Siap! Ni dia Daging Rusa Black Pepper.



Resepi campak-campak main hentam pun sedap. Ratah je pun sedap ni. Bila lama dah tak makan daging rasa sedap pulak. Atau mungkin daging rusa tu yang sedap. Lembut, kurang lemak dan tak berbau lansung. Tu yang bertambah selera makan. Kalau daging lembu biasanya ada bau sikit kan. Tapi kalau pandai masak mesti sedap lembut je. 

Kalau raya pulak, mak Fiza lebih suka beli daging kerbau. Daging kerbau pun kurang bau dan kurang lemak. Lebih banyak daging. Salah satu sebab kenapa Fiza tak suka daging kambing mungkin sebab bau dia juga, kalau tak pandai sembelih dan masak mungkin bau dia agak kuat. Betul ke? Mereka yang pakar je pandai bab-bab masakan ni. Ni hanya apa yang Fiza tahu. Kalau silap, mohon perbetulkan.

8 comments

  1. Ju suka makan daging terutama kambing, tbalik pula kita =D tp yes ju sangat berat tgn kalo nak masak daging2 ni hahaha. tp bgs juga kan tips sis tu ketuk2 dlu daging tu, xperna pla ju tfikir mcm tu, pasni kena praktik mcm tu spya senang nak masak daging selain dr potong tipis2 =) trima kasih =D

    ReplyDelete
  2. kitorang suka makan daging.. zati mcm fiza jugak masak, dah siap goreng tu, campak bawang besar, bawang putih, cili api n sos tiram.. main campak2 pon sedap.. hahaha.. afzal [aling suke menu ni la.. hihi

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..dulu macam pernah rasa sate daging rusa...tp cam liat2 je..huhu...

    ReplyDelete
  4. wuhuu..sedap ni. da lama tak makan daging rusa

    ReplyDelete
  5. aduhai. sedap nyer!
    daging rusa plak tu. nyaman nyer makan.

    ReplyDelete
  6. suka jugak makan daging, tapi betullah..nak masak kena sabar. daging rusa memang sedap!

    ReplyDelete
  7. seumur hidup akak,belum pernah lagi makan daging rusa..hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.