Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Perbezaan NYX SMLC dan Jordana Sweet Cream Matte


Berderet pula entri cerita pasal lipstick je. Ini namanya terlampau excited nak cerita pasal lipstick sebab dah jumpa lipstick yang superb best. Dalam entri sebelum ni Fiza banyak update tentang matte Lipstick NYX yang ramai sukakan shades dari NYX Soft Matte Lip Cream tu berbanding shades butter dan lain-lain. Mungkin dah berkurang trend zaman bibir berkilat gitu sebab tu dah makin banyak produk dan jenama mengeluarkan matte lipstick.

Setakat yang Fiza pernah cuba NYX SMLC, Colour Pop, Kiss Proof dan terbaru Jordana Sweet Cream Matte. Dah paling terbaik pada Fiza adalah Jordana sweet cream matte! Sangat-sangat best dan superb matte walaupun selama ni Fiza dok setia dengan NYX SMLC tapi bila dah jumpa yang best of courselah akan beralih kepada yang lagi best.

Perbezaan NYX (SMLC) Soft Matte Lip Cream dan Jordana (SCM) Sweet Cream Matte

NYX SMLC

Bau : wangi
Tekstur : Cream yang mudah di oles rata pada bibir, agak nampak glossy pada sapuan pertama tapi selepas kering baru akan nampak warna sebenar dan baru nampak kesan matte. Tahan lama dan mudah ditanggalkan.
Kemasan : Tidak comot dan kurang melekat pada gelas/straw
Kandungan: 0.27 fl.oz/ 8mL
Ketahanan : 18 bulan selepas dibuka
Harga : RM35

Jordana SCM

Bau : Manis (nama pun dah sweet, tentulah manis)
Tekstur : Cream yang mudah di oles pada bibir, tak nampak glossy pada sapuan pertama dan cepat kering untuk berikan kesan matte yang superb matte. Tekstur yang ringan, pemakaian lipstick yang sedikit tebal pun tak terasa seperti pakai lipstick. Agak susah nak tanggalkan, perlu menggunakan make up remover untuk tanggalkan kesan lipstick sepenuhnya.
Kemasan : Tidak comot dan tidak melekat pada gelas/straw.
Kandungan : 0.11 oz/3g
Ketahanan : 12 bulan selepas dibuka
Harga : RM35


Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri kesan matte kedua-dua lipstick ni. Dah tentulah Jordana Sweet Cream Matte menang tapi NYX SMLC tetap best juga sebab banyak warna yang cantik-cantik. Tapi pastikan beli yang original ye untuk dapatkan kesan yang best ni. Kalau beli yang fake, jangan tanya kenapa tak best.

Beli Lipstick NYX |JORDANA | SLEEK | MILANI
instagram : @nyxbeautycosmetic

Lepas ni ada bajet lebih nak cuba SLEEK dan MILANI. SLEEK dan MILANI ni agak mahal sikit, SLEEK RM45 dan MILANI RM55. Kenalah menabung dulu ye.


Post a Comment

4 Comments

  1. dua2 warna cntik. busyra belum pernah cuba yg jordana tu . kalau nyx tu pernah la. hehe

    ReplyDelete
  2. For the time being, my favourite matte lippies are silkygirl matte junkie. Selain sangat sangat affordable, for me dia lagi best dari nyx. By the way, maaf nak tanya, akak pakai nyx tu kod apa ye? Macam cantik je... Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, nanti nak try silkygirl pulak. Pakai yang dalam gambar mana ye? Nyx code budapest tu ke?

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.