Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur


Morning semua! Dah sarapan ke belum? Confirm lah sudah kan. Biasanya lepas makan Fiza akan gosok gigi lagi walaupun dah gosok gigi masa mandi pagi. Sejak gigi selalu sakit, lepas makan kurang selesa kalau tak gosok gigi. Baguslah gosok gigi selepas makan, takdelah sisa makanan melekat kat celah gigi. Selepas gosok gigi mesti kumur dengan listerine. Listerine memang sentiasa ada. Rasa kurang segar kalau berkumur dengan air sahaja.

Tahu tak korang yang Listerine juga boleh digunakan untuk tujuan lain selain berkumur. Ini apa yang Fiza baca dari apa yang dikongsikan di facebook. Mungkin korang yang mempunyai masalah berikut boleh gunakan listerine untuk tujuan yang berikut.

Kredit image : google

1. Menghilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau yang kurang wangi korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah sentiasa wangi gitu.

2. Menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan serangga

Sapukan sedikit Listerine pada kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia akan membantu melegakan gatal-gatal dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.

3. Membasmi kuman di mangkuk tandas

Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. 

4. Membantu hilangkan kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Kemudian, balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun. Mesti ramai yang akan mencuba ni.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat

Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat masih tak hilang-hilang, korang boleh cuba gunakan Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. 

7. Membasmi kuman di berus gigi

Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Membersihkan skrin tv atau monitor computer

Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Menghilangkan bau busuk di dalam tong sampah

Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut. 

10. Melegakan masalah kaki 

Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. 

Sejauh mana keberkesanan kegunaan Listerine untuk tujuan yang lain tu, korang kena cuba sendiri lah ye. Agak-agak macam memudaratkan sila jangan cuba sebab setiap orang berbeza.

Kredit : Shairy Hanapiah

6 comments:

  1. Assalam. TQ for sharing.
    Hilangkan kelemumur dan bersihkan muka jerawat tu macam menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Sama²
      Tahu takpe..itu yang menarik tu

      Delete
  2. banyak juga kegunaan lain ya listerine ni ya

    ReplyDelete
  3. akak baru tau kegunaan lain listerine ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dari perkongsian orang lain kak..kita pun jadi tahu :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.