Design Blog Miminadam.com

Sunday, February 12, 2017


Hari ni cerita tentang kerja artwork Fiza je la ye sebab cerita lain tak berapa nak menarik sangat. Wajiblah update portfolio kerja-kerja yang dah siap tu untuk memudahkan client nak tengok-tengok kerja yang dah siap dan untuk tujuan marketing juga. Gitulah kaedahnya. Kalau takde portfolio, jenuh nak mencari artwork yang ada.

Perasan atau tidak, ramai blogger dah bertukar template blog kepada template blog yang responsive dan mesra SEO. Kalau ada client nak buat tempahan template blog responsive dan SEO tu Fiza sarankan beli je yang ready made kat internet. Harga template tu bergantung pada harga yang mereka jual, Fiza cuma tambah sikit untuk charge install dan editing yang berkaitan. Mana yang kurang mahir bab coding la. Yang dah pandai tu boleh buat sendiri je. 

Macam design simple blog Miminadam.com ni dia pilih template blog simple yang responsive dan mesra SEO kat internet. Design header pun simple sesuai dengan template blog mimin yang simple. Fiza pilih tulisan tangan jenis brush dan selitkan juga bunga pink. Background nampak kosong kalau tak letak apa-apa. Jadi, Fiza tambahkan tumpahan cat pink sebagai background. Dari template asal tu mimin nak tukar tema warna pink dan turquoise. Dah siap letak header blog dan sempurna sudah wajah baru blog miminadam.com ni. 


Apa pendapat korang tentang template blog Mimin ni? Bila menggunakan template blog responsive dan mesra SEO ni, proses loading pun cepat. Blog pun jadi ringan dan mesra pembaca. Blog yang tidak sarat dengan warna dan sedap mata memandang. Pembaca nak baca pun lebih selesa. Betul tak? Trending template blog yang digunakan blogger zaman sekarang ni lebih banyak menggunakan background putih je. Takde dah macam zaman dulu berwarna warni dan bercorak bagai. Tandanya blogger dah matang gitu. Tapi masih ada yang menggunakan warna lain dan bercorak. Bukanlah tak matang. Asalkan corak tu sesuai dan warna tu tak menyakitkan mata, okay je kan. 


Terima kasih Mimin order. Untuk full view
www.miminadam.com

4 comments

  1. cantik. betul sekadar dah ramai blogger tukar template responsive :)

    ReplyDelete
  2. Macam biasa, design akak memang kemas dan sweet! :)

    ReplyDelete
  3. ada plan nak tukar template tp blm nak laksanakn dlm masa tdekat ni =D

    ReplyDelete
  4. weeeitttt weiitt! recommended ,,
    service tip top. tak rugi bekerjasama dgn kak fiza
    nampak macam mudah. tp kalau takde masa tuu. jgn harap menjadi. huhuhu.. thnkyou kak fiza !

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.