Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Jom Ber Chia Chia Chia Seeds


Dah lama juga bercita-cita untuk beli chia seeds ni tapi disebabkan belum sampai masanya nak mencuba jadi pendamkan dulu keinginan tu. Rezeki datang awal, akhirnya dapat juga Fiza merasa chia seeds yang orang dok sibuk makan untuk kurus tu. Fiza dapat hadiah Chia seeds ni dari Slimm Treats anjuran giveaway dari blogger Diana Rashid. Lepas ni ber chia chia chia chia seeds lah Fiza.

Apa yang buat Fiza teruja nak cuba sebab katanya Chia seeds memberikan nutrisi yang sangat membantu dalam proses kurus. Bukan untuk kurus semata-mata tapi dalam masa yang sama menjaga kesihatan. Sangat sesuai untuk mereka yang tengah diet dan melakukan work out tu sebab chia seeds juga membantu mengawal nafsu makan. Chia seeds dikatakan makanan paling sihat di dunia yang memberikan manfaat pada otak dan tubuh badan. Tak hairanlah ramai yang dah mula ber chia seeds untuk amalkan pemakanan yang sihat dan menjaga kesihatan. 

Setakat ni Fiza baru cuba taburkan chia seeds dalam oats. Walaupun chia seeds takde rasa tapi suka sangat mengunyah chia seeds ni. Sebelum ni memang suka mengunyah biji selasih dalam minuman. Tapi yang biji selasih tu berbeza dengan chia seeds ni walaupun rupa kedua dua bijirin ni nampak sama. Khasiatnya juga berbeza tapi yang penting chia seeds ni mempunyai kelebihan khasiat yang pelbagai dan disebabkan itu dilabelkan sebagai superfood.

Khasiat Chia Seeds 

1. Chia seeds membekalkan nutrisi yang sangat banyak walaupun kandungan kalorinya sangat sedikit.
2. Chia seeds kaya dengan antioksidan
3. Hampir semua karborhidrat dalam chia seed adalah serat (fiber)
4. Ia sumber protein berkualiti tinggi
5. Kandungan protein dan serat yang tinggi boleh memudahkan proses penurunan berat badan.
6. Kandungan omega3 fatty acid yang tinggi
7. Chia seeds membantu mengelakkan penyakit jantung dan diabetes
8. Ia mangandungi semua nutrisi yang penting untuk tulang
9. Ia terbukti berkesan dan  membantu mengurangkan simptom diabetes.
10. Ia membantu menambahkan ketahanan semasa bersuka atau aktiviti lasak.
11. Chia seed amat mudah untuk di amalkan.

Kredit information: Slimmtreats


Banyak betul khasiat chia seeds ni rupanya. Lepas ni kena amalkan selalu supaya dapat mengurangkan kilogram yang tak surut-surut ni. Tengah mencari menu-menu yang ada untuk campurkan chia seeds ni selain di masukkan dalam minuman. Nak makan pun mudah je, taburkan je dalam makanan dah boleh makan dah. Boleh campurkan dalam hidangan bijiran yang lain, kek, puding, salad, pancake, jem, cookies, brownies, roti dan pelbagai jenis minuman. Siapa ada resepi tu bolehlah kongsikan dalam kotak komen.


Inilah rupa chia seeds. Dia tak kembang macam biji selasih(basil). Dia akan mengembang dalam perut menjadikan perut penuh dan rasa kenyang. Faham tak konsep chia seeds ni. Macam tu lah kaedahnya. Sedap tau kunyah kunyah chia seeds ni. Bertambah selera makan hidangan bijiran dengan adanya chia seeds ni. Disebabkan khasiat chia seeds yang banyak, jadi jangan pertikaikan kenapa harganya agak mahal sikit. 


Korang nak cuba chia seeds ni juga, boleh dapatkan dengan harga RM20 untuk 200gram chia seed, 100% natural dan halal.

Website:
www.slimmtreats.com
Fanpage:
www.facebook.com/slimmtreats
Jom Ber chia chia chia seeds! Kalau ada perubahan yang baik, harus teruskan amalkan chia seeds ni.

Post a Comment

12 Comments

  1. wah...kita pun nak berchia seeds jugaklah..tak cuba lagi ni

    ReplyDelete
  2. oooo...makanan rupanya..ingat kan apa..

    ReplyDelete
  3. selamat sihat dgn chia seed =D tgk sekilas ingt selasih tadi, kecik2 tp bmanfaat kpd tubuh badan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya memang macam selasih. tapi selasih kembang terus. Chia seeds kembang dalam perut gitu :)

      Delete
  4. akak skrg ni pun dah start berchia seed. rasa badan ringan sikit, lawas perkumuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan ber chia seeds..mesti nak tabur chia seeds :)

      Delete
  5. Tahniah kak! Saya duk terliur tengok orang buat yogurt letak chia seed tu. Nampak macam best tapi tak pernah cuba lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak dalam yogurt tu belum cuba lagi tapi bakal cuba nanti sebab nak rasa juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.