Tea Time Dengan Churros

Thursday, February 9, 2017


Perasan tak hari ni Fiza cerita pasal makanan dan minuman je. Inilah akibatnya kalau idea dah kontang. Korang juga yang jadi mangsa Fiza terpaksa telan air liur tengok gambar-gambar makanan yang ada. Ampun! Ini dah malam pun dok cerita pasal minum petang. Throwback je la mana yang ada gambar tu. Janji blog tak cuti hari ni.

Agak lama betul tak makan churros. Pertama kali makan pun buat churros sendiri je. Belum rasa yang beli lagi. Kebetulan masa beli pau cendawan viral tu sebelah tu ada kedai jual churros, husband pun beli churros sekali. Mintak beli 1 bungkus je, tapi husband beli 2 bungkus pulak dip caramel dan coklat. Suka suruh isteri dia makan banyak tau! Alhamdulillah...Orang kata, rezeki jangan ditolak. 

Okay juga beli lebih sebab kalau lapar, ade juga makanan yang nak di makan nanti.  Bila dah makan yang churros beli ni rasa berbeza sungguh dengan yang buat sendiri. Rasa tu dah sama cuma kerangupan churros tu jauh beza. Yang Fiza buat rangup selepas goreng. Kalau dah sejuk memang tak rangup dah lah. Tapi yang beli ni lambat makan pun masih rangup. Apakah petua dia agaknya ye? Yang pandai menchurros meh la komen sikit petua rangup tu.

Dip karamel dia memang pekat likat. Tak kedekut la. Kira cukup untuk dip 5 batang churros size S ni. Satu pack ni pun dah RM5.++ untuk 5 batang churros size S. Kalau size L lagi tinggilah nilai duitnya. 


Dip coklat pun sedap ya amat! Pekat dan tak manis sangat. just nice je. Kira puas hati membeli.


Lokasi di mana Fiza lupa sebab singgah kejap membeli di tepi jalan je. Kalau singgah lagi Fiza kongsi lokasi. Kalau tak kongsi tu maksudnya tak singgah-singgah le. 



2 comments

  1. sekarang beli jer churros ni.. resepi dah banyak simpan dalam fon tapi tak terbuat2.. hahahha

    ReplyDelete
  2. teringin nak buat churros ni sendiri..tapi entah bila nak buat..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.