Headphones Sony Extra Bass

Thursday, February 16, 2017


Buat kerja design tanpa muzik macam tak generate idea rasanya. Dah jadi kebiasaan buat kerja sambil dengar muzik. Kalau buat kerja sorang-sorang, biasa gunakan speaker je. Tapi kalau ada husband kat rumah, nak dengar lagu gunakan headphones je. Itu kalau husband tengok TV dan buat kerja dia lah.

Disebabkan cushion earpads headphones yang lama macam dah rapuh dan tertanggal-tanggal, husband tetiba je belikan headphones baru Sony MDR-X450AP Extra Bass. Kemain sampai beli extra bass lagi tu. Beli biasa-biasa je sudah.Motif??? Nak suruh isteri focus buat design agaknya tu.

Aluminium Housing

Setelah Fiza google, Sony MDR-X450AP Extra Bass ada warna merah, biru dan hitam. Kalau takde warna pink of course husband belikan warna merah. Menarik betul warna merah aluminium housing ni.

Swivel Design

Paling Fiza suka sebab swivel design ni. Korang boleh flatkan headphones ni. Lebih mudah untuk simpan dalam beg atau nak stack atas buku or else.

Soft Cushion Earpads, Extra Bass

Soft cushion earpads yang sangat-sangat selesa pakai. Kedap bunyi. Kalau pakai, pemakai je dengar muzik. Orang dok sebelah tak kan dengar muzik yang korang dengar. Kalau ada orang panggil korang pun memang korang tak kan dengar punya. Betul-betul suruh focus dengan muzik sambil buat kerja ni. Biasanya headphones macam ni sesuai untuk sports. 

Hands-Free Phone Calls, Tangle-Free Cable

Selain tu, yang menariknya lagi dilengkapi dengan hands-free untuk phone calls untuk smartphone android, iphone, ipod, ipad dan blackberry. Mempunyai tangle-free cable yang lebih tahan lama dan kabel tidak mudah terbelit.

Adjustable Headband

Macam biasa, headband boleh adjust mengikut saiz kepala masing-masing. Kepala Fiza agak kecik, jadi dah adjust pun agak longgar sikit.  Tapi masih boleh menikmati muzik yang sedap didengar dengan adanya extra bass tu. Dahlah selesa dengan cushion earpads tu, tambah pulak dengar muzik yang best. Betul-betul boleh menikmati dengan muzik yang sedap telinga mendengar. 


Disertakan sekali dengan instructions yang diperlukan.

Wahh..lengkap dah geng Sony Fiza. Kebetulan casing phone warna merah. Mp3 je lari warna sikit. Mp3 tu punyalah lama Fiza pakai sejak zaman study dulu. Masih elok lagi. Dulu beli pun masih mahal lagi RM1++. Inilah berbaloinya beli barangan yang berkualiti tahan lama walaupun agak mahal sikit. 


Bagi korang yang suka dengar muzik tu, boleh beli Sony MDR-X450AP Extra Bass ni. Rasakan sendiri betapa nikmatnya mendengar muzik dengan extra bass dan sangat selesa di pakai. Alang-alang beli tu biar yang elok sikit. Ye tak? Boleh pakai lama gitu. Harga Fiza tak pasti berapa sebab husband tak nak bagitau. Takut isteri bebel beli mahal kot. Tapi untuk isteri jugak kan. Haha..So tak boleh nak bebel kalau bagitau harga pun. 

Updated: Harga RM210

2 comments

  1. Honestly I'm not a Sony fan but I know this one and it's dope! Read also: https://ameridzuan.blogspot.my/2017/11/unboxing-stn-16-beats-headphone.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.