Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Cara Cuci Sayur Brokoli Yang Betul


Baru-baru ni ramai yang kongsikan cerita tentang cara cuci sayur brokoli yang betul sebetulnya. Fiza percaya yang antara kita memasak di rumah mencuci sayur sekadar cuci dengan air sahaja. Biasanya kalau Fiza masak sayur di rumah sebelum cuci Fiza gaulkan dengan garam dulu baru basuh dan kadang-kadang rendam sekejap sebelum toskan. Tapi sebenarnya ada cara yang betul dan terbaik untuk cuci sayur brokoli. Tujuannya untuk membuang segala ulat-ulat yang ada pada celah-celah sayur brokoli tu.

Agak terkejut juga sebenarnya bila melihat hasil cucian brokoli dengan betul tu. Memang banyak ulat-ulat kecil keluar dari celah-celah brokoli selepas di rendam dengan air garam selama 30 minit sehingga 1 jam. Untuk penggemar sayur macam Fiza ni jadi macam taknak makan sayur brokoli dah rasanya sebab geli tengok ulat-ulat yang keluar tu. Ulat -ulat tu kecil je macam kutu dan berwarna hijau. Tak hairanlah selama ni cuci guna air pun nampak macam dah cuci bersih je kan sebab tak nampak ulat-ulat tu dicelah-celah brokoli hijau tu.


Kiranya selama ni dapat makan protein free la dari ulat-ulat tu. Adooii kembang pulak tekak ni. Ibu-ibu yang buat puri brokoli tu mesti rasa bersalah sebelum ni tak cuci brokoli dengan betul kan. Dah dah, benda dah lepas. Jadi, lepas ni kalau nak cuci sayur tu cucilah sebersih-bersihnya. Lagi-lagi nak bagi baby makan tu.

Jangan pulak lepas ni korang boikot sayur brokoli tu. Makan je macam biasa, tak payah nak buang masa bayangkan ulat-ulat tu. Yang penting, korang cuci sayur brokoli tu dengan betul. Cara cuci sayur brokoli dengan betul.

Potong-potong brokoli kepada bahagian kecil-kecil. Kemudian rendamkan sayur brokoli dengan air garam selama 30minit sehingga 1 jam. Ada Fiza baca tips lain, ada juga yang letakkan cuka bersama air garam tu untuk lebih berkesan membuang ulat-ulat sayur tu.


Cuba bayangkan kalau kita tak cuci betul-betul sayur yang kita masak tu. Mesti banyak ulat yang kita dah makan kan. Tak nak bayangkan! Lepas ni tak kira apa jua jenis sayur atau bahan mentah untuk di masak tu kena cuci sampai bersih barulah lebih selamat untuk di makan.

Kredit image dan info : Fieza Nelson


Post a Comment

25 Comments

  1. Replies
    1. Ye, sila cuba kalau nak masak sayur brokoli dan juga sayur lain.

      Delete
  2. Alahai...
    Baru semalam makan sayur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang berlalu biarkan berlalu. yang penting lepas ni kena make sure dicuci bersih :)

      Delete
  3. Alamak !! Selalunya bersih brokoli guna aie paip biasa jew ..tips bguna ni.lepas ni klw beli brokoli make sure rendam air garam dlu .. thanks sharing info ya sis

    ReplyDelete
  4. Geli pula tengok mcm tu, haritu makan brocoli banyak kat shellout, huhuuhuhuhuhuhuhuhu, tidakkkk!!!! Harap depa cuci bersih2lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..geli tengok. takpe, kita bersangka baik. kedai makan mesti lagi besih kan :)

      Delete
  5. Kuhh tips yang berguna untuk semua hihi.. Saya tahu makan saja hikhik..

    jemput baca entri saya ye kak :)
    Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
  6. bnyknya kak. geli tngok binatang hijau tu. busyra ada baca jgk tips ni dkt fb tp belum cuba sndri lg. ni dh tgok akak buat ni. rasa mcm emm.. selama ni rupanya main basuh macam tu ja. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..dok terfikir selama ni main basuh je.tak tahu nak rasa apa dah.

      Delete
  7. alahai, geli pulak tgk ulat brokoli tu. mmg sayur feveret ni kat rmh

    ReplyDelete
  8. Alomokkkk.. adehhh dushhh!! Geli la pulak nak makan lepas ni.. Sblm ni basuh camtu aje.. Eyakkkk..

    ReplyDelete
  9. rupa mcm kutu pun ada !!!! mak !! Ju suka brokoli tp jarang sekali masak sb hby xsuka jenis syur ni. sebelum ni kalo ju masak pun, rendam garam tp xsmpai 30 mnit atau 1 jam. rendam kejap shja.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nampak macam kutu. takpelah, lepas ni rendam lama sikit :)

      Delete
  10. tudia.. byk gila ehhhh... selama ni main renjis2 ja... fuhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh main renjis² siap..hehe..lepas ni kena rendam lama sikit tau :)

      Delete
  11. selalunya sy rendam semua sayur dengan garam dlm 30 minit. baru semalam try rendam guna cuka 😄

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum.. Sis..
    Ni gambar2 dr post saya tahun 2017.. Alhamdulillah.. Semoga jd perkongsian bermanfaat utk semua..


    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212330559045429&id=1423007293

    https://siraplimau.com/cara-mudah-membersihkan-sayur-brokoli-elak-ulat-yang-menggelikan/

    Tgk link ni 👆🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Hai Kak, saya dah letak kredit pada bawah sekali cuma tak ada link je. Okay baik, nanti sy letakkan link akak okay. Terima kasih :)

      Delete
    2. Maaf kak, first link tu not found. Takpe, saya link kan terus ke fb akak je. Boleh?

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.