Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Facebook Dah Ada Storyline


Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua. Facebooker mesti dah perasan facebook dah ada storyline macam instagram. Eh, ni facebook ke instagram? Sebab paparan your story tu memang sebiji sama macam instagram. Kalau belum ada storyline tu, korang perlu update applikasi facebook dalam smartphone masing-masing ye.

Bila dah update applikasi facebook, barulah korang nampak paparan storyline pada bahagian atas sekali. Macam biasa lah bila ada sesuatu yang baru, ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan kewujudan storyline di facebook ni. Yang tak suka tu mungkin agak leceh nak upload dua-dua kot. Cukuplah upload story di instagram je. Tapi kalau dah jenis rajin, upload juga di facebook. Fiza tengok pun meriah juga storyline di facebook Fiza ni.



Mungkin dengan adanya storyline di facebook, facebooker yang takde instagram tu dapat pengalaman baru macam instagrammer kan. Tapi pada Fiza takde beza sebab Fiza sejenis yang jarang update video atau gambar di story tu sebab rasa lebih suka upload macam biasa di instagram dan link terus ke facebook.

Kalau upload story di instagram tempoh masa tu kejap je. Video dan gambar yang diupload akan hilang dalam tempoh  24jam. Itu juga salah satu faktor kenapa Fiza tak upload any video dan gambar dalam story sebab tak boleh nak tengok semula. Kalau story di facebook ni Fiza tak pasti la berapa lama tempoh dia sebab belum upload lagi dan mungkin juga sama seperti instagram.

Tapi kalau terlebih rajin dan bosan tu, seronok juga update story setiap masa. Yang tak suka orang komen di video dan gambar tu memang meriahlah story dia sebab apa yang diupload dalam story memang tak boleh komen, boleh hantar message je.

Walaupun Fiza jenis tak suka upload video atau gambar di story sendiri tapi suka tengok kemeriahan instagrammer upload di story mereka. Kejap kejap upload video, kejap kejap uload gambar. Tumpang seronok kejap. Layankan je apa yang ada kan. Selamat ber story di facebook.


Post a Comment

7 Comments

  1. aku belum hapdet lagi fb aku..so storyline tu belum ada lah lagi..

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah & Assalamualaikum Azhafizah,

    Memang betul, tadi pagi pelik kenapalah Fb ni semacam jer..
    Tetiba atas tu ada live updates.. oooo kira berwajah baharulah mcm IG..
    Sis memang x reti sangat bab-bab storyline ni, hehehe

    ReplyDelete
  3. Haah, siqah baru perasan jugak FB ada storyline sekarang. Nak tiru IG lah tu. HIhi. Tapi FB siqah macam lembap pulak bila nak storyline. Siqah prefer instastory di IG. Suka tengok InstaStory orang lain juga :D

    ReplyDelete
  4. Td try upload dekat story di Fb. Dia upload dekat wall juga rasanya

    ReplyDelete
  5. haah, baru perasan jumaat aritu dh lain dah..

    ReplyDelete
  6. xda update lg since hp ju xda available space,huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.