Resepi Churros Mudah dan Sedap

Saturday, May 10, 2014

resepi-churros-mudah-dan-sedap
Churros rangup

Resepi Churros Mudah dan Sedap | First time mencuba buat Churros atau nama lainnya Kuih Belimbing. Sebab bentuknya star macam belimbing kan. Mencuba sebab tergoda dengan Churros Kak Ina. Belek punya belek mudah sangat nak buat pun.

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam . Kacau sebati dengan api yang sederhana
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.

Resepi Churros Mudah dan Sedap
taburkan tepung untuk elakkan tepung melekat
6. Masukkan minyak dalam kuali, goreng dengan cara deep fry. Pastikan api perlahan supaya tak hangus. Bila dah warna kekuningan terus angkat.

7.  Salutkan churros dengan gula halus dan sedia untuk dihidang!
Resepi Churros Mudah dan Sedap
Sediakan sos coklat sebagai pencicah churros

Mudah sangat kan? Rugilah tak cuba sebab rasa dia sedap sangat! Nak lagi sedap boleh dip dip dengan coklat cair..Wahh memang marvellous sedap! Plus, rasa kenyal² manis² rangup² bila kunyah masuk mulut tu. Lepas ni kena buat banyak sikit nampaknya :) Yeay, dah pandai men'churros'. Sebutan dah macam kurus pulak kan.hihihi..

Fiza guna nozzle jenis bunga sebab nozzle star kecik sangat. Letih nak menekan keluar. Guna apa yang ada dulu janji ada bentuk tu dah okay dah.

Okaylah ni untuk kudapan petang. Silalah cuba ye :)
With Love,
image

48 comments

  1. Aaaa, nampak mcm senang! Hehe. Boleh lah tryy!

    ReplyDelete
  2. emm,,sedap wat kunyah2 smbil tgk tv..

    ReplyDelete
  3. Mula mula tengok gambar, ingan pisang goreng. Rupa rupanya kuih. Boleh try ni, raya nak dekat dah.

    ReplyDelete
  4. Wah boleh cuba ni cam simple jer caranyerr ..

    ReplyDelete
  5. wahh fest time dgr benda ni...huhu...mcm menarik je...nnt leyh la try ^________^

    ReplyDelete
  6. nampak macam pisang goreng la. hehe. sedap

    ReplyDelete
  7. Rajinnya sis..lau kat klatan ade 1 jenis snek tapi bntuk lbh kurang camne tapi keras giler malangnya xtaw nama

    ReplyDelete
  8. Lama dah nak try buat tapi tak terbuat. Ni macam ada semangat nak buat balik. Hihi :D

    ReplyDelete
  9. wahhh.. cam sedap je ni.. kalau buat bentuk pretzel ala auntie anne oke tk? heee..

    ReplyDelete
  10. nama kemain sedap.. rasanya mcm donut tak akak??

    ReplyDelete
  11. nampak pon sedap aje tu. ingatkan belimbing betul dah tadi. isy isy

    ReplyDelete
  12. Macam sedap jer.. boleh try nanti.. xD

    ReplyDelete
  13. dah duduk rumahn ie..boleh la mencuba pelbagai resepi...thanks sharing resepi nie ye fiza

    ReplyDelete
  14. first time neh tngokk .. tkot lagi eh nk cuba.. hehe ..

    ReplyDelete
  15. ade org jual kt cafe bawah ni..xpenah try bli lg..tp dh ade resepi ni nnt kot nk try bole la..senang je rupenye..

    ReplyDelete
  16. Macam sedap dan senang..bila tah mood rajin nak datang ni..

    ReplyDelete
  17. aduhai, sedapnya nampak... kalau fizah buat bisnes utk raya laku ni ;)

    ReplyDelete
  18. rajin sungguh anda nih....hehhehhee hebat2

    ReplyDelete
  19. senangnya recipe.. ok akak salin skrg.. nnt ada time nak buat dgn anak2 :))

    ReplyDelete
  20. guna acuan sumpritt pun cantik jgk kan...rajinnyer dia..

    ReplyDelete
  21. Resepi yang menggiurkan, thanks sharing..

    ReplyDelete
  22. dik, satu adunan ni agak2 dpt byk mana, akak nak buat untuk pot luck ofis lusa, nak kena buat banyak lah ni akak ni ;)

    ReplyDelete
  23. Dah try.. tapi xde nozzle sesuai.. hantam saja la labu... hehhrhe.. tq for the recipe.. menjadi.. just rupa je kurang...

    Jemput dtg blog saya
    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Baru tahu..sng rupanya..boleh la cuba nti..tq for sharing :)

    ReplyDelete
  25. Share dgn kita yea petua2 cooking ni..😊

    ReplyDelete
  26. ohhhhhh ini diaaa churros.... actually, nona penah dgr, baru dgr... tu pun dlm radio singapore ~
    x pernh blogwlaking sini.and tgk entri ni, haha...

    tq info yeh... ape rasa ea?? mcm tak penah jumper jekkk

    ReplyDelete
  27. favorite sally neh! tapi belum pernah nak cuba..hihi

    ReplyDelete
  28. wah,,,mudahnya resipi rupanya..hihihi...suka ni..pastu cicah ngn dip choc..kannnn??..
    leh try laa..bahannya pun mudah nk dpt..tqtq ye...

    ceria2kan ke blog Elly...

    5 SEBAB KENAPA IBU BERPANTANG NAK KEMBALI MANTAP!!

    ReplyDelete
  29. pernah try sekali buat..memang sedap..sekali hadap je ngan anak2..kuih ni pn dh laris org jual kt bangi ni

    ReplyDelete
  30. Hmmm mmg senang dan mudah. Belah dua dan sudukan kastard.. sedap. Mcm cream puff. X perlu bakar. Tk ya utk resepinya! Mg diberkati.

    ReplyDelete
  31. Nampak sedap dan senang.. dah lama nak try buat churros ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu