Pokok Setawar Halia Merah

Saturday, November 21, 2020

Belek belek album lama dalam handphone terperasan gambar satu pokok ni. Pokok renek macam pokok cekur macam tu tapi bukan dia. Rupa bunga macam bunga kunyit. Kekeliruan di situ. Itulah dia, ambil gambar je tahu, lupa nak tanya mak nama pokok tu.

Inilah dia pokok tu. Siapa tahu, silalah kemukakan jawapan dalam kotak komen ye. Selepas lama mencari dengan bantuan pakcik google, rasa macam yakin je yang pokok ni namanya pokok setawar halia merah.

Pokok Setawar Halia Merah

Bunga dia baru nak kembang berwarna merah dan hujung dia warna oren kuning. Bentuk bunga sama macam bunga kunyit. Tergolong dalam tumbuhan herba juga kan kalau dah namanya pokok setawar halia merah.

Sejenis pokok yang boleh dimakan seperti bunga kunyit yang dijadikan sebagai ulam-ulaman. Apa yang lagi menariknya, Fiza baca juga rasanya boleh berubah-ubah mengikut masa bunga tu dipetik.

pagi : rasa masam masam manis (manis madu bunga)
Tengahari : rasa bertukar menjadi masam

Unik pula pokok setawar halia merah ni kan. Pokok herba ni dah tentulah ada banyak khasiatnya. Orang dulu-dulu bab pokok dan tumbuh-tumbuhan ni memang arif. 

Flora Helicornia spp.
Nama saintifik: Costus speciosus
Nama lain : Costus woodsonii, Red Button Ginger, Ornamental Costus speciosa, Setawar Halia
Famili: Costaceae
Asal-usul: Kawasan sub-tropika Asia, afrika dan Amerika

Ia dianggap juga sebagai tanaman eksotik kerana berbentuk unik seperti berbentuk kon dan mempunyai susunan seperti nenas dan menghasilkan warna yang terang. Difahamkan setawar mempunyai lebih daripada 120 species.

Costus woodsonii merupakan sejenis tanaman hiasan yang juga popular di Malaysia kerana keunikkan bunganya. Warna bunganya yang berwarna merah seakan nenas menyerlahkan lagi kecantikan pokok yang juga digelar “Red Button Ginger”.

Kalau nak tahu lagi, pokok setawar halia merah berbunga sepanjang tahun dan tahan lama. Boleh tumbuh membesar sehingga mencapai ketinggian 4 kaki. Batangnya seperti buluh dan tidak bercabang.

Sesuai ditanam di kawasan yang redup dan juga kawasan terbuka. Memerlukan penjagaan rapi yang perlu disiram selalu.

kredit : http://fazlisyam.com/costus-woodsonii


8 comments

  1. Oooo...baru ku tahu.. Thanks for the info. Nampak cantik pokok nya..

    ReplyDelete
  2. Kudup bunganya memang sedap di makan sebelum bunganya kembang.

    Pokok jenis costus ni memang banyak jenis.

    Yang Fiza tunjuk ni Kak kurang pasti species apa tapi ada seakan macam Costus Green Mountain.
    Mohon Kak share link utk check :
    https://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2014/04/costus-green-mountain.html?m=1

    Costus

    https://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2015/12/green-mountain-spiral-ginger.html?m=0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Jap lagi saya check dan baca ye. Banyak spesis pening juga nak tahu ID dia kan. Terima kasih kak :)

      Delete
  3. Uniknya! Pagi rasa lain, tengahari rasa lain. Macam bunga pula, ada yang wangi waktu senja, dan hilang wangi waktu siang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak amie. Dari apa yang saya baca begitulah. belum pernah cuba rasa lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.