Drama : Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11

Wednesday, November 18, 2020

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11 | Esya tumpah darah semasa bercakap dengan Adib di telefon. Mujur masa tu Rin dan Maria kebetulan datang rumah Esya. Esya dihantar ke hospital dan disahkan keguguran.

Sampainya Adib di hospital dengan kakak dia, Zam ada disitu. Berlaku pergaduhan kecil antara Zam dan Adib. Zam marah Adib sebab tak jaga Esya.

Adib masuk ke dalam bilik, ada makcik Esya (Mama Zam), Rin dan Maria. Mak Cik Esya juga marahkan Adib sebab tak jaga Esya sebaiknya seperti mana yang Adib janjikan sebelum berkahwin dengan Esya.

Esya pun tak nak jumpa Adib dah...

Adib menangis dan merayu pada Esya untuk menjelaskan semuanya. Tapi Esya tetap berkeras tak nak tengok muka Adib lagi.

Kesian Esya...

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.