Drama : Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10

Thursday, November 12, 2020

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10 | Maria terkejut bila dapat tahu Esya pregnant setelah diberitahu oleh Rin. Esya pun tak sempat beritahu Adib lagi tentang berita gembira tu  sebab Adib sibuk dengan kerja dia.

Adib pula salah seorang pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana cafe tempat Adib bekerja semakin kurang pelanggan dan boss terpaksa memberhentikan beberapa pekerjanya.

Adib buntu dan sedih...

"Mampukah aku untuk hadiahkan Eysa kebahagiaan"-Adib

Sampai je Adib di dirumah, Esya beritahu Adib berita gembira tu. Tapi malangnya Adib tak suka dengan berita itu. Adib marahkan Esya sebab mereka dah plan untuk tidak ada anak dalam  masa sekarang.

Adib tambah bingung sebab dia baru dibuang kerja dan berita tu membuatkan Adib rasa terbeban. Dia risau takut tak dapat nak tanggung hidup mereka berdua. Lagi lagi bila anak.

Mereka berdua bergaduh besar..kesian Esya.

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.

3 comments

  1. Dari mula, sampai sekarang tetap tunggu Cik B yang comel tu!

    ReplyDelete
  2. Stress tengok gaduh gaduh dalam ni...dan x minat sgt ngn Mail.. tapi memang suka nengok Isya tu... cute muka diaa.. hehe

    ReplyDelete
  3. byk betul dugaan deme ni..ahahhaaade je yg mghasut..pastu part cik b hahaha lg rasa nk gelak ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.