Biar Betik

Sunday, November 15, 2020

Biar betik??? Slang zaman sekarang yang biasa didengar. Biar betik maksudnya biar betul. Dalam lagu Faizal Tahir Ragaman pun ada menggunakan perkataan biar betik. Tapi bukan itu motif entry ni. Nak cerita pasal buah betik.

Dapat sekali dengan Sapodilla, si buah ciku yang mak bagi dari kampung. Tapi betik ni lain macam sikit. Betik mini sebab saiz dia besar sikit daripada penumbuk orang dewasa. 

Dalam sebungkus buah ciku, terselit sebiji buah betik mini ni. Kira rezeki dapat makan buah betik yang dah lama tak makan ni. 

Buah Betik Biar Betik

Buah betik tumbuh kat sekitar rumah je ni. Pokok betik kan senang nak tumbuh. Jenis betik apa pun tak tahu lah. Saiz kecil je tapi dah masak. Elok manis rasa isi buah betik ni.

Pokok Betik

Pokok betik sejenis tumbuhan yang berasal dari Mexico Selatan yang banyak terdapat di ASEAN. Kini semakin banyak ditanam di negara beriklim tropika. Ada bermacam-macam jenis pokok betik. Dan bentuk saiz pun pelbagai, ada betik panjang, ada juga betik yang sedikit bulat.

Sayur betik muda, halwa dan ulam-ulaman

Selain buah yang boleh dimakan masak. Buah yang separa masak sedap di buat tumis sayur. Masak pedas-pedas membangkitkan selera makan. Siapa penggemar sayur tumis betik macam Fiza gerenti bertambah makan.

Buah betik muda pun sedap kalau dibuat halwa. Suka juga makan halwa betik, betik tu rangup dan disaluti dengan rasa manis. Lama tak makan halwa betik. Dulu mak cik selalu bila hari raya. Buah jeruk betik pun sedap!

Pucuk betik muda pula di jadikan sebagai ulam. Biasanya dicelur terlebih dahulu dan dimakan dengan sambal belacan. Setakat ni tak pernah lagi suka makan ulam pucuk betik sebab rasa pucuk muda betik tu pahit ya amat walaupun dah celur air panas. 

Tak boleh nak hadam rasa pahit pucuk muda betik. Pahit lain macam!

Pucuk muda betik juga boleh dicampurkan dengan beberapa masakan tradisional. Contohnya dicampurkan dalam sambal tempoyak daun kayu. Tapi kalau Fiza buat, tak letak pucuk muda betik ni. Dah tak suka kan.

Buah betik dan pucuk muda betik banyak orang jual kat pasar, pasar pagi dan pasar tani. Pasar Tani memang ramai peniaga jual sayur-sayuran dan buah-buahan kampung yang susah nak dapat. Kadang tu harga dia boleh tahan juga.


23 comments

  1. Kalau jeruk betik, akak suka. Kalau buah betik fresh, ntah la akak kurang suka. Walaupun tahu, betik bagus untuk kita. Kalau nak makan juga, sebab orang bagi, akak perah limau kasturi atas betik, baru boleh makan. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya..lupa pulak saya jeruk betik. Sedap juga tu sesekali dapat makan. Saya suka yang fresh lagi kak. Lain citarasa kita :)

      Delete
  2. ada tanam pokok betik di halaman belakang rumah

    ReplyDelete
  3. sedapnya betik, lama tak makan. betik ni buat teringat arwah atok, suka sangat dia dengan betik. everyweek mesti makan :)

    ReplyDelete
  4. Dulu, kalau time raya ada saja halwa betik dan jeruk betik juadah untuk tetamu. Betik muda sedap dibuat somtam.

    ReplyDelete
  5. dapat betik ni baru keluar peti ais memang msukk weh makan...Sekarang ni memang rajin beli betik sebab bebudak ni memang rajin kena sembelit

    ReplyDelete
  6. Buah betik segar, cheq makan..bunga betik pun, cheq makan buat kerabu..sedap! 😋👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sukaaaaaa ini!!! Kerabu betik so shedappppp ui

      Delete
  7. betik sedap dimakan sejuk2 fiza..tp jus dia xpernah lg la minum..^_^

    ReplyDelete
  8. betik sedap dimakan sejuk2 fiza..tp jus dia xpernah lg la minum..^_^

    ReplyDelete
  9. Buah betik ni kalau dapat makan time sejuk-sejuk baru keluar dari peti sejuk tu memang terangkat habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuuuu.. tapi kalau dah lembik nau.. x ngam sgt rsenyeeee.. kn

      Delete
  10. First time dengar sayur tumis betik. mama tak penah makan. halwa betil fav mama

    ReplyDelete
  11. Lagu biar betik tu suka sangat dengar.
    Betik muda cuma kena hati2 elakkan kalau yang bakal ibu mengandung atau sedang mengandung. Jika ranum nda apa boleh makan.
    Ingat nak Petik Bunga jantan betik buat Sayur tak terbuat-buat sebab mode malas melanda.

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaa..akak suka sangat buah betik, bagus untuk penghadaman..

    ReplyDelete
  13. adui sedapnya pucuk betik dijadikan ulam.
    sedap sgt!!!
    last week beli 2 biji betik kat pasar mlm.
    potong kekecik, semangkuk besar, abis jadik kudapan depan tv.

    ReplyDelete
  14. Suka buah betik. Halwa betik tu arwah nenek rajin buat. Memang sedap

    ReplyDelete
  15. Betik sedap! Favourite selain daripada tembikai.. bagus makan lelagi kalau tengah diet, mkn ni je.. mmg cepat turun berat.. huhu..

    ReplyDelete
  16. Sangat best makan bila baru keluar dari peti sejuk

    ReplyDelete
  17. Memang ada tanam.
    Erk tapi saya suka buat jus sekali minum masuk perut.

    ReplyDelete
  18. potong dua lepas tu simpan dalam peti sejuk.. dah sejuk ambil sudu kaup dan makan.. pergh!! Nikmatnya.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.