Telefilem Trauma (TV3)

Tonton Telefilem Trauma, telefilem DFKL ulang siaran pada hari Sabtu, 11 Februari 2023 pukul 10:30 malam di TV3. Telefilem Trauma lakonan Janna Nick, Saharul Ridwan, Raja Afiq, Idris Khan, Zara Zya, dan Dayana Roza juga boleh tonton secara online menerusi portal tonton .

TELEFILEM TRAUMA

Waktu siaran : Sabtu, 11 Februari 2023, pukul 10:30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Sheila Rusly
Idea asal : Nur Liyana Shahrudin
Pengarah : Azman Yahya @Jinggo
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

telefilem trauma full movie tv3 online

PELAKON DAN WATAK

  • Janna Nick sebagai Roza
  • Saharul Ridwan sebagai Budin
  • Zara Zya sebagai Haneem
  • Dayana Roza sebagai Jaja
  • Raja Afiq sebagai Faz
  • Idris Khan sebagai Edi
  • Indah Emeerlda

SINOPSIS TELEFILEM TRAUMA

Kisah enam sekawan iaitu Roza, Budin, Haneem, Edi, Faz dan Jaja yang saling mengenali melalui laman sosial chatroom. Mereka berenam ada satu persamaan iaitu pernah mengalami trauma dalam hidup mereka.

Mereka memutuskan untuk bertemu dan mengambil percutian bersama dengan menyewa sebuah banglo. Roza menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian itu. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa daripada jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai.

Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit ditegur oleh jiran sama dengan pepatah yang berbeza. Pada malam itu mereka mula berkongsi tentang perkara yang membuatkan mereka menjadi trauma. Kejadian aneh berlaku dan mereka tidak dapat keluar dari banglo itu.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.