UBI Superstar Live di Astro Warna

Azhafizah MN
By -
0
Kumpulan UBI iaitu Namie, Fad Bocey dan Sharif Zero tampil dengan program sendiri yang bertajuk " UBI Superstar Live". Juara Muzikal Supertar 3, UBI muncul dengan rancangan UBI Superstar Live bukan hanya bertiga tetapi bersama dengan pelawak Shuib Sepahtu dan Ajak Shiro.

UBI Superstar Live bersiaran secara langsung dan ditayangkan secara eksklusif di saluran 107 Astro Warna. Penonton juga boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Tambah menarik lagi, UBI Superstar Live juga akan mengadakan satu episod istimewa raya iaitu UBI Superstar Raya yang akan mempersembahkan pentas muzikal komedi berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri.

UBI SUPERSTAR LIVE

Jumlah episod : 4
Mula siaran : 23 Februari 2023
Waktu siaran : Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna & Astro Go

UBI Superstar Live

Shuib kembali ke pentas LIVE komedi di Astro setelah lama berehat di pentas komedi. Penampilan pelawak Shuib pasti akan menarik para peminat sedia ada yang menunggu dirinya kembali ke pentas komedi. Dengan pengalaman bertahun lamanya, sudah pastinya Shuib mampu menambahkan lagi elemen spontan dalam jenaka mahupun lakonan dalam mengemudi UBI Superstar Live bersama. 

Kehadiran Ajak pastinya akan menambahkan lagi kemantapan persembahan mingguan UBI Superstar Live dengan pengalamannya sejak menjadi peserta Raja Lawak. Cara penyampaian Ajak yang berbentuk nasihat sambil berjenaka turut merupakan pembaharuan serta keunikan yang mampu dibawakan menerusi siri kali ini. Malah, kepelbagaian dibawakan UBI, Shuib dan Ajak pasti menggamat lagi musim pertama UBI Superstar Live.

Bertepatan dengan tagline mereka ‘diam-diam ubi berisi’, persembahan sketsa daripada kelima-lima ahli memaparkan isu-isu kemasyarakatan dan nilai moral yang dapat memberi pengajaran berguna kepada para penonton.

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti yang berbeza pada setiap minggu serta ramai lagi tetamu-tetamu undangan istimewa yang akan membuat kemunculan berdasarkan sketsa-sketsa yang dilakukan.
 
Selain itu, penggunaan Live Props dalam sketsa-sketsa mereka juga merupakan tarikan rancangan ini yang dibawa kembali daripada Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kerana merupakan salah satu prop yang digemari para penonton. 

Para penonton pada kali ini pasti akan lebih teruja untuk menyaksikan lagak ngeri Fad, Sharif Zero dan Namie yang bakal bertembung dengan Shuib dan Ajak di atas pentas yang sama, membawa bakat dan karakter masing-masing yang dipenuhi idea luar daripada kotak.

Episod 1 (24 Februari 2023)
Fad - Hang Lekir
Sharif - Hang Lekiu
Namie - Hang Kasturi
Shuib - Hang Tuah
Ajak - Hang Jebat

Artis jemputan
Che Man - Bendahara
Marsha Milan - Puteri Gunung Ledang
Remy Ishak - Sultan

Episod 2 (2 Mac 2023)- High Kansel
Namie - Ayam
Fad - Fakhri
Sharif - Naim
Ajak - Hakeem
Shuib - Kahar

Artis jemputan
Wan Sharmila - Cikgu Lala
Amir Ahnaf- Bekas Kapla

Episod 3 (10 Mac 2023)
Sharif - Dato' Merqeen
Namie - Aiman
Ajak - Tan Sri Ghani
Shuib - Pak Jakpor
Fad - Kadil

Artis jemputan
Wafariena - Datin Anna
Dato' AC Mizal- Inspektor Mazlan
Arteh

Episod 4 (17 Mac 2023)
Ajak - Ehsan
Fad - Faisal
Namie - Sidek
Shuib - Pak Yusof
Sharif - Pak Sarip

Artis jemputan
Arteh
Dayang Areeda - Cikgu Aisyah
Vanidah Imran (cameo)- Isteri Faisal
Sazali Samad (cameo) - Pengetua


Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)