Starbucks Pearl Poppin Goodness - Jasmine Clementine Pearls Oolong

Sempena Tahun Baru 2023, Starbucks pre launch 3 minuman baru iaitu :
  1. Nutty Cream Comfort - Hazelnut Dolce Latte
  2. Layers of Zen - Jasmine Clementine Pure Matcha Latte
  3. Pearl Poppin’ Goodness - Jasmine Clementine Pearls Oolong
Alang-alang membeli Caramel Macchiato hot, redeem lah sekali Pearl Poppin’ Goodness Jasmine Clementine Pearls Oolong buat rasa-rasa orang kata. Teringin nak merasa sensasi pearl popping tu sebenarnya. 

Sebelum ni pernah beli air minuman mangga dengan pearl popping tu. Sedap! Bukan minuman Starbucks lah tapi...

Sejenis minuman pearl popping saya suka. Tapi kalau jenis pearl kenyal a.k.a boba tu saya tak suka. Susah nak hadam minuman boba ni. Menganggu proses minum air. 

starbucks pearl poppin goodness jasmine clementine pearls oolong

Starbucks Pearl Poppin’ Goodness - Jasmine Clementine Pearls Oolong

Zen Cloud Oolong tea with Jasmine Clementine sauce shaken with Classic syrup and ice, then layer with Blood Orange Pearls for the extra texture.

Oolong

Oolong teh adalah sejenis teh yang kadang-kadang dipanggil 'wulong' (juga disebut 'oolong') atau teh 'naga hitam'. Oolong teh adalah teh separa teroksida.

Rasa teh yang kelat-kelat disertakan dengan rasa masam-masam oren yang sedap. Pearl popping yang banyak-banyak. Meletup meletup dalam mulut bila digigit. Air Oolong tea yang sedap selain FM Sparkling peach Oolong tea.

Sesekali cuba teh di Starbucks why not kan. Asyik kupi kupi je. Tukar selera lah sesekali...


8 comments:

  1. Selama hidup ni, baru sekali saya merasa air kopi Starbucks. Itu pun sebab sepupu datang dari Singapura yang belanja.. hehe

    ReplyDelete
  2. wah rajinnyaa kak gi starbucks cari menu baru. kita tak pernah gi lg.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.