Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari (TV1)

Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari bersiaran pada hari Sabtu 11 Februari 2023 pukul 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1.

Juga boleh tonton Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari secara online menerusi portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik untuk lebih fleksibel. Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari dibintangi pelakon Aida Aris, Sazzy Falak, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets dan ramai lagi.

TELEFILEM SATU HARI DI BULAN FEBRUARI

Waktu Siaran : Sabtu, 11 Februari 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1, RTM Klik
Penulis skrip : Ellyna Ahmad
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Produksi : Cinta Kasih Production

telefilem satu hari di bulan februari full movie online

PELAKON

  • Aida Aris
  • Sazzy Falak
  • Esma Daniel
  • Geof Andre Feyaets
  • Fifi Laura Olivia
  • Heidi Aleesya
  • Aidit Noh

SINOPSIS TELEFILEM SATU HARI DI BULAN FEBRUARI

Kisah tentang dua wanita iaitu Aminah dan Liz yang terpaksa berdepan dengan dilema berpisah dengan anak masing-masing, Kasih dan Mia. Kejadian yang tidak terduga itu disebabkan anak yang dibela sejak tujuh tahun yang lalu tertukar ketika dilahirkan.

Lalu kedua-dua dibesarkan tanpa mengetahui situasi sebenar yang hakikatnya mereka telah tertukar dengan ibu kandung masing-masing. Situasi persekitaran dan cara hidup mereka membesar cukup berbeza bagai langit dan bumi.

Liz merupakan seorang wanita bekerjaya manakala Aminah pula mengumpul pendapatan dengan menjual nasi lemak. Justeru Mia yang tinggal dibawah jagaan Liz hidup mewah dan serba cukup. Manakala Kasih pula membesar dengan sekadar cukup makan dan sekolah.

Takdir kemudiannya menentukan kebenaran terbongkar. Mereka dikembalikan kepada keluarga masing-masing. Namun konflik keduanya bermula apabila Liz tidak mahu anak jagaannya Mia hidup susah setelah diserahkan kepada Aminah. Dia berhasrat untuk menjaga Kasih dan Mia.

Perbalahan antara Aminah dan Liz berakhir dengan keputusan mahkamah bahawa anak-anak ini perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing. Mia mula menerima Aminah sebagai ibu kandung akan tetapi Kasih sering menangis kerana kesibukan Liz dan suaminya, Henry. 

Apakah kesudahan plot kisah hidup mereka? Tonton Telefilem Satu Hari Di Bulan Februari di TV1.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.