Telefilem Karlisa (TV9)

Tonton Telefilem Karlisa Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Jumaat, 10 Februari 2023 pukul 8:30 malam di TV9. Telefilem Karlisa dibintangi pelakon seperti Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali Fizz Fairuz dan ramai lagi.

TELEFILEM KARLISA

Waktu siaran : Jumaat, 10 Februari 2023, pukul 8:30 malam
Siaran TV : TV9
Penulis skrip : Zakinah AB Zarith
Pengarah : Dato Ahmad Tarmimi Serigar
Produksi : Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.

telefilem karlisa full movie tv9

PELAKON DAN WATAK

Ruhainies sebagai Karmila
Nur Qistina Raisah sebagai Karlisa
Watie Sadali
Rasheed Ahmad
Fizz Fairuz
Nafiez Zaidi

SINOPSIS TELEFILEM KARLISA

Karmila dan Karlisa adalah anak-anak kepada Puan Farah dan Tuan Bahrin. Sewaktu Karmila mengetahui dia akan mendapat adik, dia merasa sungguh gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya itu.

Karmila menamakan adik perempuanya itu dengan nama Karlisa. Namun selepas beberapa minggu, Karmila mula berubah apabila merasakan segala perhatian terhadapnya dahulu kini tercurah hanya kepada adiknya itu.

Karmila mula rasa tersisih dan tidak dimanjakan oleh ibu bapanya. Karmila mula membenci adiknya kerana baginya kehadiran Karlisa telah merampas kasih sayang ayah dan ibunya. Menginjak dewasa, Karmila tetap membenci adiknya itu.

Karlisa, atau lebih mesra dipanggil adik membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak. Adik tetap tersenyum dan bersabar setiap kali dimarahi oleh kakaknya. Seringkali dimarahi Karmila, adik akan semakin mendekati Karmila sehinggalah pada suatu hari, Karmila menjadi berang dan menolak adik sehingga mengalami kecederaan hanya kerana adik masuk ke biliknya.

Selepas kejadian itu, adik mengelakkan dirinya daripada mendekati Karmila. Adik banyak menghabiskan masa di dalam bilik sambil melukis potret kakaknya beserta kata-kata yang ingin disampaikan pada Karmila.

Suatu hari, Puan Farah meminta Karmila untuk mengambil adik pulang dari sekolah kerana dia mempunyai urusan penting. Karmila memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari mengambil adik tetapi akhirnya dia akur.

Tetapi kerana kealpaan Karmila, dia terlupa dan terlewat untuk menjemput adik. Sebaik tiba di sekolah, Karmila panik apabila mendapati adik tiada walaupun puas dicarinya. Apakah yang terjadi kepada adik dan adakah masih ada ruang buat adik untuk mendapat sedikit tempat di hati kakaknya itu?

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM KARLISA

Lagu : Cerita Kita
Penyanyi : Shahir

Lagu : Tak Seindah Malam Kelmarin
Penyanyi : Dbaginda

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.