Responsive Ad Slot

Slider

Persoalan Dan Jawapan Road Tax Kereta Tidak Perlu Ditampal/ Dipamerkan

pelekat roadtax kereta roadtax digital kesalahan tidak tampal roadtax jpj tidak perlu pamer roadtax kereta tidak perlu tampal cukai jalan cukai jalan
Cukai jalan (road tax) kereta tidak perlu ditampal atau dipamerkan lagi untuk semua kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia berkuatkuasa bermula pada 10 Februari 2023 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dalam satu sidang media.

Dengan itu, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi. Jadi, kesalahan tidak tampal roadtax tiada lagi. Pelekat roadtax kereta bertukar kepada roadtax digital.

Perubahan ini dilakukan secara berperingkat dimana pada fasa pertama, kategori kenderaan tertentu masih perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, termasuk yang dimiliki oleh syarikat swasta, warga asing, kenderaan komersial serta kenderaan perkhidmatan awam.

Selepas pengumuman pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, timbul beberapa soalan-soalan yang sering ditanya, antaranya :

Road Tax Kereta Tidak Perlu Ditampal

1. Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
 
2. Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3. Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4. Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6. Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Hanya tidak perlu tampal road tax sahaja. Tapi wajib perbaharui road tax dan juga lesen ye. Jangan keliru. Lepas ni tak perlu lah kita susah payah tampal road tax kan. 
2
( Hide )
  1. stress nak log in myjpj tu tak lepas2. macam2 error keluar. kata ID dah register a, emel salah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal-awal ni biasalah kot ada je masalahnya. Stress juga kalau macam tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu