Starbucks Layers of Zen Jasmine Clementine Pure Matcha Latte

Awal bulan Januari haritu sempena Tahun Baru 2023, Starbucks pre launch 3 minuman baru iaitu :
  1. Nutty Cream Comfort - Hazelnut Dolce Latte
  2. Layers of Zen - Jasmine Clementine Pure Matcha Latte
  3. Pearl Poppin’ Goodness - Jasmine Clementine Pearls Oolong
Minuman pertama saya cuba nutty cream comfort hazelnut dolce latte (HDL). Tapi tak sempat digambarkan sebab masa tu drive thru waktu malam. Jadi tak guna ambil gambar kalau gelap. Mana nak nampaknya kan. Tak ada lah modal nak update blog.

Balik Segamat hari tu, cuba pula beli Layers of Zen - Jasmine Clementine Pure Matcha Latte buat rasa-rasa. Rasmikan tumbler baru snowflake gradient ni sebab 12oz je kan. Jadilah tu buat rasa-rasa. 

starbucks matcha latte review

Seteguk yang pertama, ehhhh sedap juga air Jasmine Clementine Pure Matcha Latte ni. Terasa betul keaslian teh hijau dia. Betul betul pure matcha! Rasa kelat kelat teh hijau dan lemak lemak susu memang sedap. 

Rasa pun tak manis. Just nice dan menyegarkan tekak. Air batu pun tak banyak tapi sejuk. Puas juga minum untuk saiz tall. 

Tapi kalau order green tea cream fappucino wajib order saiz venti sebab sedap! Peminat teh hijau (matcha) confirm suka. 

10 comments:

  1. tak pernah pergi starbuck,ade masa nnti pergi lah hahah matcha nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Ni kalau dekat depan kaunter, x tau nak sebut macam mana. Namanya panjang sangat. Hu3 😅.

    ReplyDelete
  3. cantiknya tumbler tu! tak try lagi minuman2 baru starbucks ni..

    tahniah fiza..alamat dah ada..nanti hadiah da ready, akak pos ya, insya'Allah!

    https://www.sunahsukasakura.com/2023/02/top-10-commentators-2022-blog-sunah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan tumbler tu.
      Wahh..terpilih ye. Terima kasih banyak²

      Delete
  4. Combination warna pun nampak menarik . Mesti rasanya pun sedap kan .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.